• MAMPAT Seru Boikot Pesta Konvokesyen Unisza....

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) melahirkan rasa dukacita yang teramat kerana 'Pencabulan' yang dilakukan oleh Pentadbiran sempena Pesta Konvokesyen Unisza yang dulunya terkenal dengan nama KUSZA.

    MAMPAT sangat kecewa kerana 'Kegemilangan' KUSZA pada suatu ketika dahulu sebagai tempat melahirkan Ulama, kini telah dicabul dan dengan melahirkan pelbagai aktiviti maksiat yang mengundang 'dosa dan bala' ALLAH. Daripada 11 aktiviti yang diwawarkan sempena Pesta Konvokesyen, 7 daripadanya mengundang Maksiat dan dosa.

    MAMPAT sangat terkilan, kerana pihak poentadbiran Unisza telah bertindak membelakangkan nilai Islam dan menggalakkan 'dosa' serta 'lagho' sempena Pesta Konvokesyen.

    MAMPAT menyeru semua Rakyat Terengganu yang cintakan Islam dan sayangkan Almarhum Tuanku Sultan Zainal Abidin untuk memboikot Pesta Konvokesyen 2010 kerana unsur-unsur maksiat di dalamnya yang berlebih-lebihan. Hilang sudah kemegahan Institusi Agama terkenal di bumi Darul Iman.....





0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT