• Kenaikan Barangan Harga Kawalan - MAMPAT Kesal diatas Penipuan Kerajaan

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) ingin melahirkan rasa kekesalan yang sangat-sangat tinggi dengan kenaikan terkini harga barangan terkawal terutama gula, diesel dan Gas memasak. Kenaikan ini adalah sangat-sangat tidak sesuai dengan keadaan masa di mana Rakyat sekaran sudah cukup terkesan dengan kegawatan ekonomi yang melanda negara.

    MAMPAT juga melahirkan rasa kekesalan yang sangat tinggi kerana pada 15 Julai 2010 yang lalu, kami telah dijemput untuk menghadiri satu taklimat/bengkel berkaitan GST. Taklimat telah disampaikan oleh En Wan Leng Whatt, Timbalan Pengarah Kastam Bhgn Cukai Dalam Negeri. Dalam sesi taklimat tersebut, En Wan telah memaklumkan kepada peserta berkaitan dengan kebaikan GST. Antaranya adalah semua barangan keperluan asas tidak akan dikenakan cukai GST. Semasa sesia soala jawab, satu persoalan yang dikemukakan oleh Pengerusi MAMPAT, Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah iaitu bagaimana beliau boleh memastikan bahawa harga barangan kawalan tidak akan naik kerana segala harga barangan di Malaysia BIASANYA dikawal dan ditentukan oleh "orang Politik" dan bukannya orang pentadbiran seperti beliau ?. Jawapan yang diberikan adalah, team beliau adalah kumpulan yang mencadangkan harga yang sepatutnya berada dipasaran dan mereka ada mekanisma tertentu untuk menentukan harga dipasaran dimana mereka menggunakan khidmat nasihat dan program yang dibuat oleh orang Australia. Nah... apakah pembohongan ini perlu...???? Mungkin En Wan boleh memberikan jawapan sepertimana persoalan Cikgu Fauzi berikan pada 15 Julai lalu.....

    Oleh itu, MAMPAT menyeru kepada semua kakitangan Kerajaan, bertindaklah bagi pihak Rakyat dan bukannya untuk orang politik. Kalau sekiranya dengan taklimat dan pembohongan yang dibuat pada 15 Julai lalu, walaupun GST MUNGKIN baik, tapi yang pastinya.... Pegawai berkenaan telah BERBOHONG kepada Rakyat Terengganu. Ianya hanya dibuktikan tak sampai sehari sahaja teklimat berkaitan dengan Kebaikan GST....

    Untuk itu, MAMPAT menegaskan sehingga kini, bersama 8 persoalan yang diberikan pada hari tersebut yang TIDAK DIJAWAB oleh En Wan Leng Whatt.... MAMPAT dengan tegas MENOLAK GST..... perlaksanaan cukai yang penuh dengan TIPU MUSLIHAT......untuk menyusahkan rakyat....khususnya Rakyat Terengganu.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT