• Empat bulan bersih runtuhan stadium



    PENGARAH Urusan Azimat Berkat Sdn. Bhd., Roslan Che Mohamad (tengah) bersama dua pegawai JKR Terengganui meninjau kawasan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam.


    KUALA TERENGGANU - Dianggarkan sejumlah 2,500 tan besi sisa runtuhan bumbung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di sini akan dikeluarkan sepanjang projek pembersihan yang bermula hujung bulan ini.

    Bagi tujuan pembersihan, syarikat yang diberi tanggungjawab berkenaan, Azimat Berkat Sdn. Bhd. akan menggunakan 10 jentera berat termasuk tiga kren yang setiap satunya seberat 500 tan selain 30 pekerja mahir.

    Pengurus projek syarikat itu, Zaini Yusoff berkata, tapak runtuhan akan diserahkan kepada pihaknya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri pada 26 Julai ini.

    "Kita jangkakan kerja pembersihan akan mengambil masa selama tiga hingga empat bulan untuk dilaksanakan," katanya ketika ditemuiKosmo! semasa meninjau stadium tersebut di sini semalam.

    Menurut Zaini, kesemua besi yang dikeluarkan dari stadium berkenaan akan dihantar ke stor penyimpanan syarikat itu di Kuala Lumpur.

    Katanya, kos pembersihan akan ditanggung syarikat dan kerajaan negeri tidak mengeluarkan bayaran kepada kontraktor kerana kesemua besi akan menjadi milik mereka.


0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT