• Hello YB Exco, Yang Mana Satu ? ‘Halal Hub’ Atau ‘Halal Park’?

    E-mailPrintPDF

    http://buletinonline.net/images/stories/berita24/HalalHUB%20004.jpgKUALA TERENGGANU– Banyak kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri Terengganu sejak diterajui oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) samada pada zaman Dato’ Idris Jusoh atau pun Menteri Besar kini, Dato’ Ahmad Said.
    Beratus juta ringgit wang milik negeri Terengganu hasil dari royalti minyak, yang ditukar namanya menjadi Dana Khas, telah dibelanjakan untuk projek-projek sepatutnya dibawah tanggungjawab kerajaan Pusat.

    Itu zaman Idris, manakala zaman pemerintahan Ahmad pula, dari jawapan para Exco dalam Sidang DUN yang baru lalu, cukup mengelirukan.

    Yang paling ‘teruk’ jawapannya dan penuh kecelaruan adalah Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu.

    Yahya Khatib Mohamad menjawab dengan tidak ada jawapan!

    ”Banyak bangunan runtuh di negeri Terengganu kerana kerajaan banyak buat pembangunan, bangsa dia dah (sudah maklumlah) banyak buat, sana buat, sini buat bangunan, adalah yang runtuh,”kata Yahya ketika menggulung ucapan dalam Sidang DUN lalu. (lihat video klip dibawah).

    Termasuk juga Exco yang terkeliru dan memberikan jawapan berbeza dalam masa dua hari, adalah Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri Terengganu.

    Dato’ Mohamad Awang Tera pada 6hb April ketika menjawab soalan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (ADUN Rhu Rendang) berkaitan Halal Hub sebenarnya tidak memberikan jawapan berkaitan pemasaran dan berkata, Halal Hub tidak perlu pelaburan antarabangsa.

    Buletinonline melaporkan jawapan beliau sebagaimana yang disebut dan dirakamkan dalam video.

    Dua hari kemudian, pada sesi penggulungan, belaiu mengubah semua jawapannya! (Lihat Klip Video dibawah)

    Beliau menyatakan, sebenarnya usaha menghasilkan produk halal oleh kerajaan Terengganu hanyalah dalam bentuk Halal Park bukan Halal Hub.

    Namun tinjauan Buletinonline ke pusat pengeluaran produk halal tersebut lebih menunjukkan sebenarnya Exco berkenaan keliru, apabila terdapat kedua-duanya di pusat itu.

    Di pintu pagar tertulis ‘ Pusat Pameran halal Hub’ manakala tertera di bangunan dalam pagar pula adalah ‘Halal Park Centre’!

    Helo YB Exco…. Yang mana satu ni? (klik lihat gambar lebih besar)

1 comments:

  1. rokbelukar says:

    dasar kerajaan

    1. Dasar kemasukan warga asing yang longgar.
    2. Dasar untuk bekerja ketat.

    3. Jadi, macamana mereka nak makan.
    4. Boleh menyumbang aktiviti jenayah

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT