• Setuju @ Tidak.... ???

    Pemuda PAS mahu Kerajaan mansuhkan bayaran permohonan peperiksaan MTesT
    Posted on Tuesday, March 09 @ 20:30:00 PST
    Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

    Kenyataan Media Oleh Kamaruzaman Mohamad

    Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE) memansuhkan bayaran bagi permohonan untuk menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test - MTeST). DPPWP mempersoalkan kewajaran bayaran permohonan seperti yang diminta oleh MOE itu. Menurut iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian berkenaan sebelum ini, para pemohon dikehendaki membuat bayaran RM 6 dikaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mendapatkan nombor Pengenalan Individu (PIN) sebelum dibenarkan mengisi borang permohonan secara on-line.

    DPPWP difahamkan bahawa lebih 70 ribu pemohon telah membuat permohonan secara online, namun hanya 50 ribu sahaja yang dipanggil bagi mengikuti ujian MTesT diseluruh negara pada 28 Mac nanti. Ini bermakna 20 ribu lagi ditolak, walaupun telah membuat bayaran dan mengisi borang permohonan online. Dengan itu, Kementerian berkenaan telah mengaut untung atas angin sebanyak RM 120 ribu hanya dengan menjual nombor pin sahaja.

    DPPWP yang menghubungi Bahagian Pengambilan di Kementerian itu mendapat maklumat bahawa pemilihan dibuat secara rawak berdasarkan merit yang dikira secara berkomputer. Maknanya pemilihan calon dibuat oleh komputer bukan pegawai penilai. Walaupun hanya memohon untuk ikuti peperiksaan tetapi mereka sudah dikenakan bayaran, sedangkan tidak semua pemohon akan dipanggil bagi mengikut MTesT.

    Keadaan ini berbeza dengan apa yang diamalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di mana calon-calon kakitangan awam boleh mengisi borang online secara percuma. SPA akan membuat pemilihan sama seperti yang dibuat oleh MOE dan hanya calon yang layak sahaja yang akan dipanggil.

    DPPWP tidak melihat keperluan untuk MOE mengenakan bayaran pada peringkat permohonan, dan perkara ini tidak sewajarnya menjadi amalan kerana jelas menindas pemohon yang belum tentu dipanggil untuk mengikuti peperiksaan tersebut. DPPWP mahu agar bayaran bagi mendapatkan nombor PIN untuk membuat permohonan secara online ini dimansuhkan kerana ianya tidak releven dan mencuri wang rakyat yang begitu memerlukan pekerjaan.

    Kamaruzaman Mohamad
    Ketua
    Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT