• Inilah Iklan Penjelasan UmNoooo - Jawapan MAMPAT....




    Persoalan Pertama

    1. Apakah Istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas ?

    JAWAPAN UmNooo

    Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5 % seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri 1975/1976.

    JAWAPAN MAMPAT


    Perkataan royalti telah digunakan untuk menggambarkan “cash payment” dalam perbahasan-perbahasan di Parlimen semasa Almarhum Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri lagi. Istilah wang Ehsan hanya digunakan dalam perbahasan di Dewan bermula Oktober 2010. Laporan Audit Negara sehingga tahun 1998 juga menggunakan istilah Royalti bagi menggambarkan “cash payment”. Apakah Datuk Seri Najib ingin menyatakan bahawa Ayahanda beliau iaitu Almarhum Tun Abdul Razak seorang yang " BUTA FAKTA ".

    Selain daripada itu juga, teliti fakta berikut;

    Wang ehsan vs royalti
    - akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian antara negeri dan Petronas tidak menyebut mana2 istilah royalti atau ehsan, hanya menyebut “cash payment” tetapi



    i.Semua surat2 rasmi antara Petronas dan Kerajaan Negeri guna istilah royalti
    ii. Istilah dalam perbahasan di Parlimen hanya menggunakan bahasa royalti dan bukan duit tunai bermula zaman Tun Abd Razak, istilah ehsan hanya timbul pada bulan Oktober 2000 bila royalty Terengganu ditarik balik
    iii. Laporan Audit Negara juga mengunakan istilah royalti
    iv. Di dalam buku Pertabalan Sultan Mahmud (Ayahanda SUltan Mizan)menggunakan istilah Royalti.
    v. Mengikut Laporan Dewan Undangan Terengganu sebelum ini juga menggunakan istilah Royalti.
    vii. Kenapa dulu guna istilah Royalti... kenapa sekarang Ehsan....???


    Soalan 2 & 3

    Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5 % seperti yang disebut dalam perjanjian antara petronas dan Kerajaan tahun 1975/1976 ?

    Jawapan UmNoooo
    Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 bau nautika yang diukur dari paras iar surut (Ordinan Darurat-Kuasa-kuasa perlu No 7 1969)

    Jawapan MAMPAT



    Lihat dalam perenggan ke 4, baris ke4, perjanjian - {{ oleh Petronas kepada Kerajaan SEBAGAI BALASAN bagi .... }}}}- Apa maksud sebagai balasan.... Adakah sebagai balasan tu sekadar Ehsan @ memang Wajib di bayar.... ????



    Soalan 3


    Lihat Perenggan pertama, baris 1 & 2 {{{{ Petronas HENDAKLAH membayar wang tunai kepada Kerajaan ...}}}}}

    Perkataan HENDAKLAH.... bermaksud..... mahulah/kenalah dan setara..... DAN bukannya boleh samada/ Ehsan dan lain-lain... Ini bermaksud.... Petronas kena bayar kepada Kerajaan Negeri...

    Lihat Perenggan 5, baris 2 & 3 {{{{ wang tunai yang kena dibayar di bawah perjanjian ini hendaklah kena dibayar hanya selagi...}}}}]

    Perhatikan perkataan hendaklah kena dibayar.... cuba fahamkan,....... ini bermaksud...wajib bayar......

    Adakah kerajaan negeri Kelantan atau mana-mana Kerajaan negeri di Semenanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari petronas ?

    Jawapan UmNoooo

    Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semenanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas yang mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar periairan wilayah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil yang diperolehi di luar periairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan persekutuan.

    JAWAPAN MAMPAT

    Perjanjian antara pihak Petronas dan Kerajaan-Kerajaan Negeri telah menyebut secara jelas bahawa :

    ”WHEREAS the by The Petroleum Development Act, 1974 the entire ownership in, and the exclusive rights, powers, liberties and privileges og exploring, exploiting, winning and obtaining petroleum wether lying onshore or offshore of Malaysia is vested in PETRONAS” .

    Istilah offshore yang terpakai dalam perjanjian ini merujuk kepada kawasan dasar laut dalam lingkungan jarak 3 batu daripada pantai negeri (State Territorial) dan kawasan di luar State Territorial yang setentang dengan Negeri-Negeri berkenaan. Cash Payment yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu bermula tahun 1978 hingga tahun 2000 telah membuktikan bahawa soal di dalam 3 batu atau di luar 3 batu daripada pantai Negeri tidak pernah timbul. ( akan ada tambahan hujah lagi di sini )



    Lihat perenggan ke 2, dimana ia terikat kepada akta Kemajuan petroleum 1974 dan bukannya Ordinan Darurat 1969.

    Ini adalah Jawapan Daripada Tun Salleh Abbas berkaitan 3 batu nautika....




    Apabila wujud suatu akta baru, secara tidak langsung ia akan memansuhkan semua akta-akta terdahulu....begitulah Ordinan Darurat 1969 akan terhapus dengan wujudnya Akta Kemajuan petroleum 1974......

    ---- maaf MAMPAT akan sambung semula jawapannya -----------

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT