• Ampun Tuanku, Selamat Berangkat Pulang ke Tanahair....

    Agong selamat pulang dari Jerman
    Feb 27, 10 7:43am
    Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat pulang ke tanah air selepas menjalani rawatan susulan fisioterapi di Bad Wiessee, Jerman sejak 26 Jan lalu.

    Keberangkatan pulang Seri Paduka pada 11.30 malam semalam diiringi oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta anakanda-anakanda baginda.

    Menurut kenyataan Istana Negara, keadaan Tuanku Mizan dilaporkan sihat selepas mendapat rawatan di Medical Park, St.Hubertus.

    Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang menjalani rawatan.

    Pada 30 Nov tahun lalu, Tuanku Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich.

    - Bernama

    http://malaysiakini.com/news/125252


    Ampun Tuanku Beribu Ampun... Sembah patek harap di ampun....
    Patek-patek rakyat Terengganu bersyukur kerana Tuanku telah selamat berangkat pulang. Semoga kesihatan Tuanku kembali pulih untuk meneruskan amanah ALLAH menjadi pemerintah terbaik di bumi Malaysia.....

    AMpun Tuanku....
    Rakyat Terengganu sanggat-sangat berharap Tuanku akan memastikan ROYALTI yang menjadi Hak & Maruah rakyat Terengganu kembali ke bumi yang tercinta.... Ampun Tuanku.....

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT