• Kenyataan Media MAMPAT - Sokongan penuh terhadap Tuanku

    Kenyataan Media
    14 Januari 2010 / Khamis

    Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa terpanggil untuk memberikan respon berkaitan kenyataan akhbar daripada Istana Negara mengenai isu kalimah Allah. (PEN/01/2010/07 (ISTANA NEGARA))

    MAMPAT menjunjung kasih atas keprihatinan DYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong yang telah mengeluarkan satu kenyataan khusus pada 8 Januari lalu dalam menangani ketegangan isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly.

    MAMPAT menyokong penuh kenyataan tersebut dan menyifatkan ianya adalah suatu saranan yang baik dan perlu disokong dan diterima oleh semua pihak bagi memastikan kerukunan dan keamanan dalam negara dapat dikekalkan.

    MAMPAT juga merasakan faktor besar yang menyumbang kepada ketegangan yang berlaku adalah peranan media dalam melaporkan sesuatu isu. Media tidak sewajarnya menggunakan sesuatu isu yang sensitif seperti ini bagi tujuan meningkatkan rating dan mengaut keuntungan jualan akhbar.

    MAMPAT juga menyeru semua pihak agar tidak mengambil kesempatan dengan isu ini bagi kepentingan peribadi, atau kumpulan masing-masing kerana kesan dan akibatnya cukup besar dan mampu menggugat keamanan negara.




    wassalam




    Mohamad Fauzi bin Abu Samah
    Pengerusi

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT