• Hanya MB berhak umum keputusan penuh

    KUALA LUMPUR 12 Jan. - Terpulang kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said!

    Sumber Kementerian Kerja Raya memberitahu, hanya Ahmad yang berhak membuat keputusan sama ada hendak mendedahkan kepada umum siasatan penuh kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh itu atau tidak.

    Menurutnya, ini kerana stadium tersebut adalah milik kerajaan Terengganu.

    Jelasnya, 10 penyiasat bebas yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) seperti diarahkan oleh Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor telah menyiapkan siasatan penuh punca kejadian dan menyerahkan hasilnya kepada Ahmad.

    "Kementerian hanya berhak melantik penyiasat, membuat pemeriksaan dan menyediakan laporan penuh, tetapi pengumuman mengenai kejadian itu di bawah kuasa Ahmad," katanya di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas gesaan pemilik Senibahri Arkitek yang juga arkitek prinsipal bagi stadium itu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah supaya laporan penuh berhubung kejadian itu didedahkan kepada umum.

    Raja Kamarul Bahrin Shah menegaskan, selagi laporan penuh tidak dikemukakan, rakyat akan tertanya-tanya pihak mana yang bertanggungjawab dalam kejadian pada 2 Jun tahun lalu itu.

    Menurut sumber sama, isu pengumuman laporan penuh punca keruntuhan stadium yang berharga RM280 juta itu diharapkan tidak lagi dikaitkan dengan kerajaan Pusat.

    "Ini kuasa Ahmad sebagai Menteri Besar, jadi sebagai tuan rumah, kementerian harap beliau membuat keputusan bersesuaian.

    "Anda tanya perkara ini kepada Menteri Besar Terengganu untuk jawapan kerana kementerian tiada hak untuk menjawabnya," tambahnya.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT