• Menjawab Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Pemimpin UmNooo....

    Selain dari itu, GEGAR yang dianggotai oleh lebih 50 NGO Kelantan dan Terengganu yang mewakili aspirasi dan cita-cita rakyat yang prihatin dan inginkan keadilan merasa terpanggil untuk memberikan respon terhadap beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin UMNO daripada Kelantan/Terengganu yang bertentangan dengan fakta dan hakikat Royalti Petroleum.

    Pertama;
    Kenyataan yang dikemukakan oleh Hj. Mohd Afandi Bin Yusoff, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang dalam Wacana Perdana : Islam di Malaysia; Realiti dan Harapan, bertarikh 12 September 2009 bertempat di Dewan Konvensyen Trade Centre yang menyatakan bahawa
    1) Negeri Kelantan tidak berhak ke atas Royalti hasil daripada cari gali minyak di Perairan Kelantan kerana lokasi carigali berada di luar kawasan 3 batu daripada pantai negeri. Kawasan ini adalah di bawah kekuasaan Persekutuan.
    2) Royalti dan Wang Ehsan adalah perkara yang sama yang hanya berbeza dari sudut istilah di mana Royalti merupakan istilah Inggeris dan Ihsan merupakan istilah Arab.
    3) Pemberian Wang Ehsan kepada rakyat melalui JPP (Jawatankuasa Peringkat Pusat @ Jabatan Pembangunan Persekutuan) bertujuan untuk memudahkan kawalan Kerajaan Persekutuan ke atas wang yang disalurkan.

    Penjelasan GEGAR;

    1) Perjanjian antara pihak Petronas dan Kerajaan-Kerajaan Negeri telah menyebut secara jelas bahawa
    ”WHEREAS the by The Petroleum Development Act, 1974 the entire ownership in, and the exclusive rights, powers, liberties and privileges og exploring, exploiting, winning and obtaining petroleum wether lying onshore or offshore of Malaysia is vested in PETRONAS” .
    Istilah offshore yang terpakai dalam perjanjian ini merujuk kepada kawasan dasar laut dalam lingkungan jarak 3 batu daripada pantai negeri (State Territorial) dan kawasan di luar State Territorial yang setentang dengan Negeri-Negeri berkenaan. Cash Payment yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu bermula tahun 1978 hingga tahun 2000 telah membuktikan bahawa soal di dalam 3 batu atau di luar 3 batu daripada pantai Negeri tidak pernah timbul.

    2) Tindakan menyamakan Royalti dan Ihsan adalah satu tindakan untuk menafikan “KEWAJIBAN” Petronas membayar 5% cash payment (bayaran tunai) kepada Kerajaan Kelantan. Bagaimana Royalti dan Ihsan boleh dianggap perkara yang sama sedangkan Royalti merupakan bayaran yang WAJIB berdasarkan Petroleum Development Act (Akta Kemajuan Petroleum) dan juga dibawah perjanjian yang dibuat antara Petronas dan Kerajaan Negeri. Sedangkan Wang Ihsan merupakan bayaran yang tidak tertakluk kepada kewajiban dan tekanan undang-undang. Penggunaan istilah Wang Ihsan menggambarkan bahawa cash payment ini boleh diberi dan ditarik balik pada bila-bila masa sahaja.


    3) i. Penyaluran cash payment melalui JPP adalah bertentangan dengan Perlembagaan Negara dan semangat Federalisme yang telah menentukan jurisdiction (bidang kuasa) antara State (Negeri) dan Federal (Persekutuan). Ini kerana setiap Negeri telah sedia mempunyai kerangka, jentera dan mekanisma dalam menyalurkan cash payment ini kepada rakyat dan pembangunan. Kewujudan JPP pun telah dikira sebagai sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan dan Peraturan Kewangan apatah lagi seandainya cash payment ini disalurkan melalui JPP.
    ii. Cash payment hendaklah dibuat kepada Kerajaan Negeri. Perkara ini termaktub secara jelas di dalam perjanjian antara antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Petronas pada tahun 1975 iaitu ;
    “PETRONAS shall make to the Government cash payment in the form of yearly sum amounting to the equivalance of 5% of the value of the Petroleum won and saved in Klantan and sold by PETRONAS or its agents or contractor during the period provided in Clause 2.”

    Oleh itu, GEGAR sangat berharap dengan slogan Rakyat diutamakan, Kerajaan Persekutuan akan mendahulukan kepentingan Rakyat berbanding kepentingan Politik. Kembalikan Haka dan Maruah Rakyat. Jangan cakap ibarat ‘ Cakap tidak Serupa Bikin” dan harapan kepada mereka Janganlah “ Cakap berdegar-degar, ekor bergelumang taik”. Berpijaklah pada bumi yang nyata dan jangan menjadi manusia “lebong” dan bersikap “ keluk kelek”.

    Kedua;
    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Awang Adek di Bachok pada 4 Disember 2009, katanya.

    "Kerajaan negeri tidak perlu risau mengenainya kerana kerajaan pusat akan memastikan mereka yang layak akan memperolehinya tanpa mengira fahaman politik,"

    "Soal penyaluran agensi kerajaan pusat atau kerajaan negeri sepatutnya tidak timbul, apa yang lebih penting rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan itu, perlu diutamakan,"


    Penjelasan;

    Bukti di Terengganu telah menyatakan kenyataan tersebut sekadar kenyataan menyedapkan halwa teliga sahaja. Pertama, yang menerima habuan adalah golongan “OKU” sahaja terutama dalam perlaksanaan projek-projek. Kualiti pembangunan biasanya di bawah tahap kualiti. Kedua, Rakyat akan menjadi mangsa ugutan kerana biasanya untuk mendapatkan bantuan, WAJIB mendapat tandatangan JPP/JKKK. Agenda politik PASTI menjadi agenda utama, kerana kalau tidak kerana agenda Politik, kenapa Kerajaan Pusat tidak menyalurkan terus duit Royalti kepada Kerajaan Negeri sebagaimana yang diterima oleh Sabah dan Sarawak serta Kerajaan Terengganu sebelum tahun 2000. Bukankah lebih baik ianya disalur terus sahaja kepada Kerajaan Negeri.

    Kalau saluran samada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat tidak timbul, kenapa ianya ditimbulkan pula, berikan sahaja kepada Kerajaan Negeri, kenapa kena melalui JPP.



    KeTiga;





    Kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah bahawa Royalti akan kembali di Terengganu pada 14 Jun 2008 yang lalu dan diperkuatkan dengan Pemberian Cek oleh TPM pada masa itu semasa PRK P036 di Kuala Terengganu. Setelah lebih dari setahun “JANJI MANIS” diberikan, GEGAR minta ianya dilaksanakan. Jangan sehingga nanti Rakyat melabelkan anda sebagai Kerajaan Keluk Kelek.....


    Sekian, kenyataan kami


    Yang benar,


    En Mohamad Fauzi Bin Abu Samah

    Pengerusi Bersama
    Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat
    25 Disember 2009
    Jerteh, Terengganu.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT