• Belum Jadi Pesuruhjaya SPRM dah Kena Minta Letak Jawatan.....

    MAMPAT memohon agar Tuanku Sultan mempertimbangkan semula perlantikan ini demi masa deman Malaysia tercinta.....

    Mampu kah seorang yang melindungi jenayah mengetuai agensi menentang Jenayah.....

    -------------------------------------------------------------------------------

    Belum lagi menyandang jawatan Pesuruhjaya SPRM, dicadang letak jawatan
    Posted on Tuesday, December 29 @ 19:35:44 PST
    Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

    Artikel Oleh ZulMamak

    KUALA LUMPUR : Belumpun menyandang jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Hanifah Mohammad @ Pak Abu dicadangkan agar meletakan jawatan selaku Timbalan Pesuruhjaya SPRM jika organisasi itu kekal dengan budayanya yang menutup kes rasuah yang melibatkan orang kenamaan.

    Menariknya, cadangan luar biasa itu datangnya dari dua pimpinan Umno iaitu Ketua Cawangan UMNO Kampung Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul dan Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Tungku, Kunsul Nahal.

    Kedua-dua pimpinan Umno itu mencadangkan demikian secara serentak setelah Panel Aduan SPRM menyerahkan aduan mereka berhubung tiga kes berskala besar yang dilaporkan kepada panel berkenaan pada 15 Oktober 2009 kepada Jawatankuasa Penilaian dan Operasi.

    "Kami mengalu-alukan perlantikan Pak Abu sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, tetapi kami mendesak agar beliau segera mengarahkan kes siasatan yang tertunggak berikutan penukaran serta merta Pengarah SPRM Sabah, Latifah Md Yatim bagi menutup kes berprofail tinggi yang sedang disiasat SPRM," ujar Azizul yang masih merujuk kepada tiga kes utama yang mereka laporkan.

    Azizul berkata, salah satu daripadanya ialah kes berprofail tinggi yang melibatkan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Musbah Jamli.

    Menurutnya, ketika Latifah menjadi Pengarah SPRM Sabah, kes itu telah lengkap disiasat tetapi kini dipercayai kes itu akan ditutup kerana ia melibatkan pimpinan Umno.

    Musbah ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk.

    "Kita tidak tahu kedudukan kes berkenaan. Kita hanya dengar ianya ditutup begitu sahaja kerana melibatkan Wakil Rakyat UMNO.

    Kononnya akan disiasat melalui badan yang akan dilantik khas untuk menyiasat kes rasuah wakil rakyat. Tapi sampai bila?." tanya Azizul yang jengkel dengan jawapan SPRM berhubung laporan rasmi beliau terhadap Musbah.

    Manakala Kunsul Nahul pula berkata, Pak Abu harus menukarkan semua Pengarah SPRM negeri termasuk di Sabah yang terlalu lembab dan kurang produktif.

    "Jika mereka pula menyalahguna kuasa dan budibicara mereka berunding dengan saspek untuk menutup kes, maka Pak Abu tidak harus menerima perlantikan itu kecuali

    melainkan beliau mempunyai iltizam untuk menggilap semula imej SPRM yang begitu malap sejak akhir-akhir ini, terutama selepas kes Teoh Beng Hock," jelas Kunsul yang menyifatkan kes berkenaan menghakis keyakinan orang ramai terhadap SPRM.

    Kunsul menegaskan, skandal rasuah Musbah Jamli bukan lagi rahsia di Sabah, malah hampir keseluruhan rakyat negeri itu tahu bahawa Musbah terlibat dengan rasuah ketika menjadi Pengerusi Supernesa, sebuah GLC Kerajaan; ketika menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dan kini sebagai Pembantu Menteri.

    "Jika semua bukti yang telah dikumpulkan hanya dijadikan tong sampah, ada baiknya SPRM Sabah dibubarkan kerana kewujudannya tidak memberi sebarang makna, malah semakin menggalakkan rasuah kerana pelaku lepas bebas tanpa sekatan pihak berkuasa," ujarnya.

    Kunsul turut mendesak SPRM menjalankan siasatan subsidi penanaman padi dan subsidi susu yang dipercayai melibatkan Musbah dan beberapa kroni beliau.

    Kunsul berjanji akan memberi kerjasama kepada SPRM jika benar-benar ingin menyiasat dan mendakwa Musbah.

    Untuk rekod, Musbah pernah digugurkan daripada senarai calon UMNO pada 2004 apabila Mantan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Syukri Abdull kerana terlibat dengan rasuah dan mempunyai kes yang masih dalam siasatan, namun terlepas saringan ketika Latifah Md Yatim menjadi Pengarah SPRM Sabah.

    Terdahulu, pada 8 Oktober lalu, Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling turut mendesak agar Musbah dan Adun Ususkan, Japlin Akim disiasat oleh SPRM kerana wujud bukti kukuh berhubung skandal rasuah oleh kedua-dua Adun BN itu

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT