• Banggunan Ruhtuh Satu Rahmat - Exco Pembangunan Infrastruktur

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)kecewa dengan sikap "tolol" Exco Kerajaan Negeri Terengganu terhadap kenyataan yang menyatakan keruntuhan banggunan adalah rahmat kepada Rakyat Terengganu. Kenyataan berbaur "kebodohan" ini tidak sepatutnya dikeluarkan di dalam Dewan. MAMPAT menyeru Dato' Menteri Besar untuk segera merombak Barisan Exco dan membuang jawatan Exco Yb Yahya dna digantikan dengan orang lain. Sikap lepas tangan, sambil lewa dan tidak bertanggungjawab Yahya sangan mendukacitakan MAMPAT dan Rakyat Terengganu.



    NI KENYATAAN DIA...

    “Bangunan runtuh Satu Rahmat Untuk Rakyat Terengganu,”kata Yahya Khatib

    Wednesday, 23 December 2009 13:33 SM Noor


    KUALA TERENGGANU – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu, Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil sebelah kanan),

    http://buletinonline.net/images/stories/berita17/yahyaterminalruntuh.jpgberkata kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri ini adalah satu perkara biasa.

    Bahkan, katanya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu


    Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman, kira-kira jam 1 tengahari tadi, 23 Disember, 2009.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

    Wahid yang bangun untuk meminta penjelasan sebab-sebab berlakunya kejadian bumbung runtuh pada Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang kelmarin, 21 September, 2009.

    Malangnya soalan Wahid tidak dijawab oleh Yahya yang hanya menjawab sambil lewa dan mengatakan apabila berlakunya bangunan atau pembinaan runtuh, ia merupakan rahmat kepada rakyat Terengganu kerana akan mendapat peluang yang baru dan bangunan yang baru.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT