• Pelajar Sekolah Rendah Positif DADAH - Apa Nak Jadi Dengan Malaysia ni.... Selamatkan ANak2 kita....???

    306 murid sekolah rendah positif dadah
    Sep 7, 09 1:17pm
    Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata
    Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.

    Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

    "Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran.

    "Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani terma rujukan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Putrajaya hari ini.

    Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

    Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.

    "Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan," katanya.

    Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini. BERNAMA

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT