• Dialog MAMPAT bersama Perniaga-Peniaga Bandar dan Jalan Banggol


    Pada pagi Khamis, 6 Ogos 2009, MAMPAT telah dijemput oleh para perniaga Jalan Bandar dan Jalan Banggol untuk menghadiri satu majlis Dialog. Di dalam majlis tersebut, para perniaga memohon MAMPAT mengusahakan beberapa perkara, antaranya ;

    1. Minta pembangunan yang dirancang, dibanggunkan secara berperingkat-peringkat. Ini membolehkan mereka mendapatkan tempat dan masa untuk melakukan perpindahan.

    2. Memohon masa arahan perpindahan ditangguhkan sekurang-kurangnya hingga selepas Hari Raya 2009. Mereka telah duduk di situ selama 4 Generasi tetapi diminta pindah dalam tempoh 3 minggu sahaja...

    3. Mempertahankan banggunan bersejarah yang berusia lebih 100 tahun dan mempunyai terlalu banyak sejarah tersendiri. Boleh merujuk buku Awang Goneng....


    Uncle How, menitiskan air mata semasa diminta menyampaikan sepatah dua kata. Ye le, pepatah orang tua-tua ada menyatakan " Tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat membesarkan anak-anak ". Kalau nak tahu cerita sejarah, tanyalah pada Uncle How... daripada banggunan yang dibina daripada campuran pasir dan puteh telor, Kapten Yamada, sejarah Jepun menduduki Terengganu.... semuanya Uncle boleh ceritakan.....

    MAMPAT menyeru, kepada Kerajaan Negeri.... "Jiwailah hati Rakyat...". Berikan mereka masa yang cukup....

1 comments:

  1. abu muaz says:

    Kesian uncle Ho, nak baiki peti sejuk pun susah sekarang.Kena pindah randah macam pelarian.....tapi dibumi sendiri.

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT