• TIA yang diselewengkan ... Royalti KEKAL menjadi milik Kerajaan Persekutuan dan BUKAN milik Kerajaan Terengganu.... Apa dah jadi...

    Salam... dukacitanya MAMPAT rasakan apabila PM mengeluarkan statement yang menyatakan TIA kekal menjadi milik Kerajaan Persekutuan dan bukan milik Kerejaan Terengganu.... Dulu Royalti di PELAHAP melalui T-Best, sekarang Royalti di PELAHAP melalui TIA pulak.... Aduhai NASIB RAKYAT TERENGGANU.... Apalah malang nasib kita..... KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH RAKYAT TERENGGANU...... Tuanku Tolonglah......

    bersama ini MAMPAT Cut & Pastekan kenyataan PM dan boldkan statementnya....


    ABU DHABI 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan inisiatif utama oleh kerajaan Abu Dhabi membabitkan pelaburan berjumlah AS$1 bilion (RM3.6 bilion) menerusi dana kekayaan milik negara itu di Malaysia dalam sektor tenaga, hartanah dan hospitaliti.

    Najib berkata, cadangan pelaburan itu akan dilaksanakan menerusi usaha sama dengan dana kekayaan milik Malaysia yang baru, 1Malaysia Development Berhad" (1MDB), hasil daripada keputusan kerajaan untuk mengembangkan Terengganu Investment Authority (TIA).

    Najib bercakap kepada Bernama pada malam Isnin selepas berbincang dengan Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Putera Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan, pada satu taklimat sempena persinggahannya ke Abu Dhabi sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas melawat Mesir dan Arab Saudi.

    "Pertemuan saya dengan Putera Mahkota sangat bermakna. Beliau bersetuju supaya Abu Dhabi, menerusi dana kekayaan milik negaranya, menambah pelaburan di Malaysia menerusi pelaburan berjumlah AS$1 bilion," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

    Sheikh Mohammed ialah Pengerusi Mubadala Development Company, yang sejak penubuhannya pada 2002, merupakan jentera pelaburan utama kerajaan Abu Dhabi dalam menrealisasikan manfaat ekonomi dan sosial mampan untuk emiriah terbabit.

    Cadangan pelaburan Abu Dhabi bertepatan dengan pengumuman Najib baru-baru ini dalam meliberalisasikan syarat untuk pelaburan asing serta menarik pelaburan bagi membantu menyegerakan pemulihan ekonomi daripada kelembapan serantau dan global.

    Najib berkata: "Kami akan mengenal pasti sektor yang boleh disertai bersama-sama menggunakan dana milik negara itu, terutama dalam bidang tenaga, hartanah dan hospitaliti."

    Mengulas lanjut, Najib berkata, 1MDB membabitkan dana yang diwujudkan pada asas mengubah TIA menjadi dana kekayaan milik negara di peringkat pusat dan bukan entiti negeri.

    [[[[ APALAH NASIB RAKYAT TERENGGANU, HAK KITA JADI MILIK ORANG.... BUKANKAH DUIT ROYALTI TU MILIK KERAJAAN NEGERI.... KENAPA JADI MILIK KERAJAAN PUSAT ????]]]]]]

    "Saya sudah berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Mizan Zainal Abidin). Baginda berkenan supaya TIA distrukturkan semula dan dipusatkan menjadi 1MDB yang akan dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan yang melaporkan terus kepada Perdana Menteri," kata Najib.

    [[[[ ADAKAH BENAR PM DAH BERBINCANG DENGAN DYMM SULTAN MIZAN ???? ]]]]


    Perdana Menteri berkata, Kabinet Malaysia juga sudah meluluskan secara prinsip TIA dijadikan entiti pusat.

    [[[[ KENAPA KELULUSAN DUIT ROYALTI TIDAK MELALUI SIDANG DUN DI TERENGGANU, HAK SIAPAKAH DUIT ROYALTI TERSEBUT ???? ]]]]

    "Kami akan mengumumkan butiran lanjut mengenainya dalam beberapa minggu yang akan datang," kata Najib yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada makan malam dengan Sheikh Mohammed, yang juga Timbalan Komander Agung Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) di hotel Emirates Palace.

    Menerusi satu kenyataan yang diperoleh oleh Bernama, Pejabat Perdana Menteri menyebut 1MDB akan memacu pembangunan ekonomi jangka panjang yang mampan untuk Malaysia menerusi jalinan usaha sama strategik global serta mempromosikan pelaburan langsung asing Malaysia dalam usaha meningkatkan lagi kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.

    Menjawab soalan, Najib berkata, 1MDB kini dalam proses untuk dimuktamadkan dan dijangka akan mula beroperasi tidak lama lagi".

    Perdana Menteri sebelum itu berdialog dengan wakil syarikat Malaysia yang beroperasi di UAE, yang turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Yahaya Abdul Jabar dan Konsul Besar di Dubai Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

    Najib memberitahu, beliau berbangga dengan pencapaian syarikat-syarikat terbabit setakat ini.

    "Dan saya maklumkan kepada Putera Mahkota bahawa syarikat Malaysia rasa selesa di sini.

    "Yang mereka mahukan ialah peluang untuk terlibat sama dalam pembidaan pada asas yang sama, dan mereka juga mengenal pasti peluang-peluang baharu di Abu Dhabi," katanya.

    Najib berkata, Sheikh Mohammed turut menyebut prestasi baik syarikat-syarikat Malaysia di Abu Dhabi, terutama firma Malaysia yang terlibat dalam pelaksanaan litar Formula One di Abu Dhabi — WCT Engineering.

    "Saya yakin mereka akan terus berjaya di negara ini," kata Najib.

    Perdana Menteri dan delegasinya kemudian berlepas ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air. - Bernama

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT