• E-Book Dah Mula Disalah Guna... Satu Lagi Projek Menbazir dan Mencipta Masaalah...

    Masalah Mula Timbul, Lima Pelajar Salah Guna E-Book Muat Turun Lagu Michael Jackson PDF Print E-mail
    Written by SM Noor
    Sunday, 05 July 2009 02:33
    KUALA TERENGGANU – Kementerian Pelajaran tidak akan melaksanakan program e-book dan berpendapat adalah lebih baik perbelanjaan membekalkan komputer e-buku (e-book) digunakan untuk mempertingkatkan infrastruktur diluar Bandar.

    Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata walaupun ia adalah inisiatif yang baik, namun kementerian tidak bercadang untuk melaksanakannnya diperingkat kebangsaan.

    "Saya sedar banyak sekolah dinegara maju menggunakan kaedah tersebut untuk mendedahkan pelajarnya kepada teknologi maklumat, namun ia menghadapi masalah untuk dipantau,” katanya.

    Pendapat beliau disokong oleh Kesatuan Guru-guru Kebangsaan yang berkata ia akan menimbulkan kesukaran kepada guru-guru bagi memastikan apakah perisian yang akan dimuat turun oleh pelajar yang memilikinya (e-book).

    Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, wang tersebut lebih baik digunakan untuk mempertingkatkan kemudahan sekolah-sekolah diluar bandar.

    "Mereka akan mendapat kelebihan dari program (e-book) tetapi apa yang lebih membimbangkan ialah apa-apa jua mungkin (akan dimuat turun) kerana semuanya boleh diakses dengan mudah di ruang maya.”katanya.

    Kebimbangan yang sama pernah dikemukakan oleh ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri April lalu.

    ”Saya hendak bertanya apakah telah dibuat kajian, dengan memasukkan buku teks ke dalam e-buku ini akan meninggikan prestasi para pelajar, hanya kerana masukkan buku teks kedalam e-book dan bawa ke sekolah,

    ”atau laptop ini boleh diguankan untuk perkara-perkara lain, apakah e-book ini tidak disalahgunakan oleh keluarga pelajar itu,” tanya Dato’ Tengku Hassan. (Klik Untutk Dengar Ucapan Dato' Tengku Hassan di Buletin Online Radio)

    Beliau juga meminta penjelasan dari Exco Pendidikan Ahmaf Razif Abdul Rahman kerana beliau yakin sekiranya hanya dengan memasukkan buku teks kedalam e-book, ia tidak akan berjaya meningkatkan prestasi seorang pelajar.

    Tambahnya, apa yang membincangkan adalah, e-book mungkin terdapat penyelewengan dalam penggunaan e-book tersebut.

    Razif dalam jawapannya dalam Sidang DUN tersebut, memberi jaminan perkara-perkara negatif dalam penggunaan e-book tidak akan berlaku kerana telah dibuat pemantauan dan sebagainya.

    Namun tidak sampai tiga bulan jaminan tersebut dan ketika pembahagian e-book sedang rancak kepada para pelajar diseluruh Terengganu, Razif telah memberi amaran akan menarik balik pemberian e-book sekiranya ada pelajar yang menyalahgunakannya.

    Amaran keras itu dikeluarkan ekoran laporan yang mendapati lima pelajar telah menggunakan e-book untuk memuat turun lagu-lagu ‘Micahel Jackson’ dan beberapa kegiatan yang tidak sepatutnya.

    Lima pelajar tersebut telah menyimpan lagu Man In The Mirror, Beat It and Billie Jean dalam e-book mereka apabila diperiksa oleh guru mereka.

    Dua daripada pelajar tersebut juga memuat turun klip video Raja Pop tersebut.

    Walaupun begitu, Razif masih berkata ianya dalam kawalan dan pihaknya pasti dapat menylesaikan masalah tersebut.

    Sehingga kini sebanyak 12,000 e-book berharga RM 999 setiap satu telah diagih-agihkan.

    Selain membelanjakan berjuta ringgit untuk program tersebut, kerajaan negeri terpaksa memperuntukkan kewangan melantik 500 orang pegawai bagi memantau program tersebut

1 comments:

  1. kuldeep says:

    E Book tu ada software apa installed?Beli hardware is easy..but for it to be beneficial kena ada software..training>>siapa nak buat ?ada cikgu?ada special classes?

    Kalo kena virus,rosak,pecah,hilang..
    sapa nak repair?sapa responsible?

    Ada milestones nak review effectiveness of program ke?Kalo orang pandai2 kata..ada KPI ke?Orang biasa kata..berbaloi ke?

    Btw..MB Ahmad Said ada laptop?Dia pandai pake?

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT