• STADIUM TERBUKA GONG BADAK RUNTUH








    Berita terkini yang diperolehi menyatakan Stadium Terbuka di Gong Badak telah runtuh dan menyebabkan sebuah kereta kancil dan 4 buah motorsikal rosak dan tertimbus. Kerosakan yang dikatakan berpunca daripada strukturnya yang tidak stabil telah runtuh walaupun baru sahaja dirasmikan oleh Sultan Mizan.

    Mampat difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. MAMPAT juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

    Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.......

    Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang mengadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) .

    Maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa....

21 comments:

  1. Anuar says:

    Apa dah jadi ni?...SPRM jangan duk pilih bulu pulok...Stadium runtuh ni boleh dianalogi seperti ini...Bina Stadium duit rakyat..untuk rakyat dan yang akan mati pun rakyat juga yang ada katnasib baik takde yang mati..

    wannuar.

  1. oneyani says:

    hehehe..org yang buat stadium sndri pon takot nk jejak stadium..kite y xtao pape ni pg la jugak..

    design atap dr korea..so?pe lagi..pg la cari kalau dpt..

    lepas ni tgk la pe jd pd masjid kristal..=p

  1. Emm..ciptaan manusia...

  1. zadd79 says:

    satu MALAYSIA.... riuh bila stadium runtuh....sekarang satu MALAYSIA nak salah menyalah pulak.... ape sudah jadi rakyat MALAYSIA.... TABEK PM... DR MAHTHIR... PM DIHATI RAKYAT SELAMYAN....

  1. zadd79 says:

    masjid kristal....? jangan main2 dengan rumah ibadat. rumah Allah swt. ( ONEYANI ) jangan terlalu lantang bersuara.... ingat kerohanian dan ketertiban wanita timur.... wanita..... ingat ONEYANI

  1. Admin says:

    Masjid kristal tu masjid utk pelancongan tu zadd79 bkn dibina utk tujuaan ibadat. Jemaah dok cukup pun 40 org utk wak solat jumaat. Memangla masjid rumah Allah. Tp masjid yang sebenar2 masjid bukannya masjid yang dibuat utk tujuan pelancongan. kita kena ingat kalu niat kita lari Allah dok Terima amalan kita, ke guane?

  1. mmm..org terengganu yg berhak menilai sbb mereka nampak ape yg didepan mata..

  1. zadd79 says:

    semua baik buruk di nilai oleh Allah swt. walau tujuan pelancongan ia tetap masjid... tempat ibat yang suci... yang harus kita jaga dan hormati... ape pun al_fatihah atas kematian 4 orang yang meninggal akibat keruntuhan stadium gong badak..... harap-harap tiada lagi tambahan jumlah tersebut. amin.

  1. hatred says:

    ada yang meninggal ke? bukan 4 buah motosikal ke?

  1. Duwan says:

    yang saya tahu masjid kristal tidak boleh dibuat solat jumaat. dan tak sepatutnya letak nama masjid. patut letak surau kristal. sebab yang datang pun orang2 yg nak melancong dan nak jenguk2 je. lagipun waktu saya pergi minggu lepas, tak da orang pun yang amik perhatian kepada mana2 pelawat yang datang berpakaian mencocok mata, berpakaian seluar pendek dan sebagainya. dan dari sumber2 orang teganu sendiri pun cakap masjid kristal tu bukan masjid, tetapi macam surau sebab sebab jemaah tak cukup 40 orang untuk melakukan solat jumaat.

  1. Bab masjid kristal ni dah ramai yang bincang. Pelbagai pendapat yang keluar. Ada yang mengatakan masjid kristal ni macam masjid dhirar pada zaman nabi dulu.

    Bersama kita fikirkan. Kalau tak mampu berfikir sorang-sorang tanyalah uztaz yang lebih berauthoriti.

  1. Ktupat says:

    'Satu Lagi Projek Barisan Nasional'. masa nok buat projek tu dulu pong, ramai org dok setuju. orang kampung situ pun ramai geleng kepala sbb tanoh situ mmg dok kuat. sbb tanoh tepi pantai. orang kampung yg sekolah dok abih pong tahu... tapi teknologi sekarang doh canggih. boleh laa buat kot2 nyer. tapi gini jadinyer. dengor citernyer sbb projek tu dibawa oleh Khairy Jamaluddin (menantu kesayangan ex-PM) dan Idris Jusoh (ex-MB Terengganu). sama mcm projek Masjid Kristal tu. menghabihkan pitih rakyat Terengganu jer. kebanyakan projek masa pemerintahan Idris Jusoh dulu adalah pakatan sesama sendirik 2 org tu aaa. sebab tu bila Ahmad Said (MB Terengganu sekarang) mintk balik duit yg dibelanjakan dulu, Idris Jusoh naik serabut pastu naik angin. patutnyer guna pitih tu tolong orang miskin di Terengganu. ni buat projek harga 8 juta: 2 juta upah org Indon utk buat, 3 juta bg kat Menteri Besar, 3 juta lagi bagi kat Khairy. makin kaya laa org yang kaya doh tu.

  1. zadd says:

    ketupat kuat gosip.... tak baik....

  1. Said BULU says:

    nilah bala tuhan nak tunjuk,mesti ada penyelewengan,nasib baik time runtuh tu VIP2 tak der kat situ,kalu tak mapus keras belaka

  1. sayyid says:

    ape kata kita lihat stadium tu umpama batang mancis runtuh....
    jadi tak perlu la kita menunding jari... semua tu qada' dan qadar Allah

    qada' nya runtuh atau kerugian disebaliknya..

    qadar pula adalah keuntungan rezki yg akan dtg serta iktibar serta kebaikan dari qada' tu...

    memang benar setiap musibah adalah pengajaran bagi org yg beriman...tapi tidak perlu lah kita salah sesiapa.. rasanya banyak lagi stadium setiap negeri yg tak runtuh...

    jadi buruknya kejadian tu, kebaikannya adalah setiap negeri perlu upgrade@membaik pulih setiap bangunan...yg dah lama atau kualiti bahan binaannya..

  1. Shahmizan says:

    Projek JKR memang macam tu. Tak sama dengan Konsultan. Kontraktor pun boleh mati. Inspection dah la susah nak lulus.. ikut spec betul2.. sampai kontraktor rugi akibat kerja lambat jalan dan sehingga terpaksa buat tambahan masa. tapi tak kuat jugak. Sebenarnya JKR takde PENGALAMAN KERJA dan terlalu MENGIKUT BUKU.. dan kerana JKR-Jasa Kepada Rakyat tu telah ditukar kepada Jangan Kerja Rajin.

  1. siasat molek2, jgn nok susut punca pulak.. lepas se se masalah ayah mat kna tanggong.. pening2

  1. Ktupat says:

    Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh berpunca daripada Tarikan Graviti, demikian menurut laporan hasil siasatan Suruhanjaya diRaja Keruntuhan Bumbung Stadium Sultan Mizan yang dikeluarkan pagi ini.

    Perdana Menteri menyambut baik laporan siasatan tersebut sambil melahirkan rasa terkilan dengan tuduhan melampau pakatan pembangkang yang cuba mencari populariti di sebalik kejadian malang itu.

    "Saya berharap tiada lagi perbuatan menuding jari terhadap mana-mana badan kerajaan kerana sudah terbukti yang bersalah adalah tarikan graviti. Saya sudah mengarahkan semua agensi yang terbabit agar memantau daya graviti demi kesejahteraan dan keamanan negara."

    Sementara itu rakyat malaysia turut menyambut baik hasil siasatan Suruhanjaya diRaja itu. Bekas pemandu teksi, Ahmad Borhan Endut berkata, "Sudah lama saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan daya tarikan graviti di negara ini."

    "Baru minggu lepas teksi milik saya yang ditinggalkan di tepi jalan musnah apabila bergerak dengan sendirinya lalu terjatuh ke dalam gaung", keluhnya dengan nada kecewa.

    Beliau menggesa kerajaan agar terus menyiasat kejadian ini ke akar umbi memandangkan graviti mungkin telah dipengaruhi hasutan pembangkang mengakibatkan kesusahan kepada rakyat jelata.

    Peniaga runcit, Kasman Jantan pula berkata, "Telur yang jatuh dan pecah itu pun salah kerajaan juga kah?" dengan penuh sinis.

    "Kita sebagai rakyat jelata sepatutnya bersyukur dengan keamanan yang dikecapi negara. Hargailah kesenangan yang kita miliki ini. Jika negara huru-hara, nak beli telur pun susah", tambahnya lagi.

  1. slambejer says:

    Nak tumpang ngate sikit..
    Bile stadium tu doh rutuh,macam2 duk ngate...PRABIH PITIH RAKYAT LA..bazir la..
    TAPI...
    Masa stadium tu molek bangun lagi,pakat g blake gok..
    duk kumpul main bowling situ!!
    sapa pukul 1,2pg..bile doh rutuh..bunyi macam macam dok starang..
    inilah manusia!!
    LU PIKIR LA SENDIRI!!
    OPPPSSSS...
    KITA PIKIR LA SENDIRI..
    ibarat kata,(kata KARAM SIGH WALIA )
    ABIS MADU...SEPAH DIBUANG!!

  1. Ktupat says:

    Standard Proses Penganugerahan Tender/Kontrak di Malaysia

    Kepada mereka-mereka yang ingin berurusan dengan pihak kerajaan Malaysia, sila baca dengan teliti contoh situasi di bawah sebelum anda datang ke Malaysia:

    Sesi perbincangan sebut harga tender.

    (Petender 1)
    Wakil kerajaan : Sebut harga kamu RM 3 juta. Sila perincikan bagaimana kamu memperolehi nilai tersebut.
    Petender dari Korea : RM 1 juta untuk tenaga buruh, RM 1 juta untuk bahan-bahan dan RM 1 juta untuk perbelanjaan dan sedikit keuntungan.
    Wakil kerajaan : OK. Terima kasih. Nanti kami akan hubungi anda kembali.

    (Petender 2)
    Wakil kerajaan : Sebut harga kamu RM 6 juta. Sila perincikan bagaimana kamu memperolehi nilai tersebut.
    Petender dari Jepun : RM 2 juta untuk tenaga buruh, RM 2 juta untuk bahan-bahan dan RM 2 juta untuk perbelanjaan dan sedikit keuntungan.
    Wakil kerajaan : OK. Terima kasih. Nanti kami akan hubungi anda kembali.

    (Petender 3)
    Wakil kerajaan : Sebut harga kamu RM 9 juta. Memang jauh lebih tinggi dari petender lain. Sila perincikan bagaimana kamu memperolehi nilai tersebut.
    Petender dari Malaysia : Alaaa... Datuk, macam ni. Senang ajer. RM 3 juta untuk Datuk, RM 3 juta untuk saya. Nanti kita upah laa RM 3 juta kat orang Korea tu buat.

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT