• STADIUM RUNTUH - SIAPA BERTANGGUNGJAWAB ???

    Cuba perhatikan bulatan merah yang dibuat....tanda kelemahan struktur yang bengkok dan tidak lurus...




    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa teramat terkejut dengan kejadian yang berlaku iaitu Tragedi Stadium Runtuh. Stadium yang telah menelan belanja kira-kira RM 450 juta hanya mampu digunakan tidak sampai dua tahu selepas ianya dirasmikan pada 10 Mei 2008.

    Adakah ini nilai dan kualiti Stadium yang menelan kos hampir Setengah Billion Ringgit ? MAMPAT pada tahun 2008 telah membuat sedikit laporan mengenai keadaan stadium yang tidak stabil dari segi strukturnya. MAMPAT juga difahamkan bahawa pihak JKR sendiri telah mengenalpasti kelemahan struktur tersebut tetapi sehingga ianya runtuh TIADA tindakan di ambil oleh JKR.

    MAMPAT difahamkan kontraktor pembinaan Stadium telah didatangkan khas dari Korea semasa zaman Idris Jusoh lagi. Mungkin tiada kontraktor tempatan yang layak dan berkemampuan untuk membinanya...

    Persoalan yang timbul di sini adalah apakah KUALITI JKR kerana telah meluluskan penggunaan stadium bahkan telah dirasmikan oleh Sultan Mizan. Apakah CF Stadium tersebut telah ada dan dikeluarkan ??? Apabila ini berlaku, siapakah yang bertanggungjawab...

    MAMPAT sangat berharap SPRM akan segera melakukan siasatan, dimanakah lompang yang wujud ? Adakah terdapat unsur-unsur RASUAH di dalam pembinaannya.

    Perkara yang sama, MAMPAT difahamkan pernah dikeluarkan melalui blog buletin online satu ketika dulu.Namun tiada tindakan diambil. MAMPAT juga difahamkan bahawa semasa maklumat mengenai ketidakstabilan dilaporkan, Stadium masih di dalam tempoh "guarentee" tetapi kenapa Kerajaan Negeri tidak mengarahkan ianya diperbaiki tanpa bayaran. Kenapa ianya berlaku ???? Adakah unsur-unsur Rasuah wujud di sini ???? Kenapa tiada tindakan segera dilakukan, bahkan stadium terus digunakan .... ??? Terlalu banyak persoalan yang wujud di sini ????

    Betul ke MAMPAT dengar, pihak JKR telah menyatakan bahawa struktur yang ada sangat kukuh dan yakin tidak ada apa-apa yang akan berlaku kepadanya??? Tapi sekarang terbukti ianya salah.... Siapa Ir tu ??? Adakah beliau akan bertanggungjawab.. Difahamkan orang yang sama juga yang bertanggungjawab semasa Banggunan di TER ??? Betul ke ???

    Bersama ini MAMPAT sertakan gambar yang pernah di ambil sebelum kejadian dan dilaporkan tetapi tiada tindakan diambil.....


    Bersama ini MAMPAT sertakan gambar-gambar yang dimaksudkan untuk makluman semua.

7 comments:

  1. zadd79 says:

    betul ker kak dar?....

  1. ernest cheah says:

    Hi,
    This is the case in which the structural engineer is responsible for it. If the construction differ from the engineer's plan, then it has got to do with a dollar being awarded by the goverment but in actual fact only thirty cents being paid.

  1. PMPM says:

    Saya rasa jurutura struktur yang terlibat ada lah sama dengan projek Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai di mana Dewan Sekolah nya runtuh pada tahun lepas.

    Kalau tak percaya sila siasat dan confirm!

  1. merandok says:

    bangunan runtuh biasa sahaja kat mana-mana dalam dunia nih.. apa nak kait dengan idris jusuh pula.. dia bukan engineer dan bukan pula orang yang keluarkan C.F tuh..

    besar sangat jasa idris jusuh pada orang terengganu.. dia dirikan monumen bertaraf dunia di terengganu untuk rakyat terengganu.. bawa acara sukan bertaraf dunia untuk tontonan rakyat terengganu.. supaya rakyat terengganu tak payah ke luar negeri..

    bukan sikit duit yang habis.. berbilion tau.. dia sikit pun tak minta balas.. dia berkorban untuk rakyat terengganu.. inikah balasannya?

    ini cara dia.. kalau mintak cash dulu ingat pak lah nak bagi ke?

  1. merandok says:

    harap MB sekarang teruskan kerja idris jusuh dulu..

    saya cadangkan dia gunakan dana 10 bilion yang dia nak kumpulkan tu untuk buat pulau buatan seperti yang ada di dubai..

    pasti terengganu mahsyur serata dunia..

    jangan peduli pada pandangan negatif.. cukup tahun boleh reka slogan baru - "UMNO BERSAMA ORANG MELAYU SELAMANYA" - dapatlah undi..

    bukan susah..

  1. cerah says:

    aq taw sape yang salah!!! Ni badak yang salah coz langgar stadium!
    hahah,gurau

  1. akmallatiff says:

    abg man'

    bukan kira idris tu engineer ke x, masa dia jadi MB dulu projek ni kena dapat kelulusan dia. bodoo nak cakap

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT