• Adakah Kolam Renang Pula Bakal Runtuh ???


    Apa nak jadi... Inilah hasilnya sekiranya sebarang pembangunan dibuat secara " Mee Segera" tanpa pemantauan yang tinggi.
    Mampat melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat bagi pihak Rakyat Terengganu di atas apa yang berlaku...

    Stadium di Gong Badak baru je runtuh pada 3 Jun 2009. Stadium yang menelan belanja Lebih dari RM 270 Juta runtuh hanya selepas setahun sebulan ianya dirasmikan. Kini Kolam renang pulak.... Apakah ini pembangunan hasil daripada Duit Royalti, yang merupakan sumber negeri, dibazirkan tanpa perancangan dan penelitian.

    Katalah rakyat miskin tegar di Terengganu adalah 80 000 orang. Dengan nilaian RM 270 juta, berapa Ringgit Malaysia yang boleh diperuntukkan kepada mereka yang miskin tadi...???
    Rakyat bukannya menolak pembangunan...tetapi biarlah pembangunan yang terancang, mampan dan efektif....

    Berapa banyak pula wang akan dikeluarkan untuk memperbaiki semula segala kerosakan yang telah berlaku ??? Duit mana tu???. Ahhirnya ... rakyat juga yang terpaksa berkorban dan yang kaya adalah kontraktor kroni jua.....

    MAMPAT menuntut SPRM untuk segera siasat dan memberikan penjelasan secepat mungkin....

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.
  1. biar runtuh dulu.... baru bertindak.... kalau tak runtuh, macam mana nak bertindak.... sambil jeling-jeling ke arah Pengarah JKR negeri.....

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT