• MAMPAT SERU SEMUA ADUN HORMATI MENTERI BESAR SEDIA ADA

    Majlis permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merasa terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Sokongan ini mengambil kira keputusan PRU 12 lalu yang memperlihatkan Barisan Nasional Terengganu berjaya mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagaimana yang dikehendaki oleh perlembagaan. Perlantikan Dato’ Ahmad menggantikan Dato’ Seri Idris Jusoh juga dilihat melalui sistem yang sah.



    Pemilihan Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar dengan restu Tuanku Sultan Mizan juga dilihat disokong penuh oleh rakyat Terengganu apabila kira-kira 70 000 orang rakyat Terengganu menyambut kepulangan dengan sambutan luar biasa kepada Tuanku Mizan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sambutan itu bukan sahaja menunjukkan rakyat Terengganu bersedia menerima MB baru, malahan bersedia menerima pembaharuan yang bakal dilaksanakan.

    Alhamdulillah, sepanjang pemerintahan Y.A.B Dato’ Ahmad Said sejak setahun lalu, tidak banyak kedengaran berlakunya projek-projek mega yang boleh dilihat sebagai suatu pembaziran yang tidak menguntungkan rakyat. Y.A.B juga dilihat berani mendedahkan dan bersedia menerima pendedahan umum sekiranya kerajaan kepimpinan beliau tidak telus dan gagal memerintah.

    Mampat juga melihat ada kelainan dalam kepimpinan Y.A.B Dato Ahmad apabila dalam pemerintahan beliau, keregangan politik dilihat dapat dikurangkan. Karenah birokrasi dan pilih bulu dalam pelaksanaan projek dan pembahagian bantuan dilihat telah cuba dihapuskan.

    MAMPAT juga ingin menzahirkan perasaan dukacita di atas ketidakhadiran 11 orang Adun di dalam Sidang Dun yang berjalan dari 13-15 April dengan alasan yang tidak dapat diterima akal oleh golongan pemikir. Apa-apa pun Tahniah MAMPAT ucapkan kepada Dato’ Ahmad Said diatas kematangan sikap yang ditunjukkan beliau sepanjang krisis berlaku. MAMPAT juga merasakan tindakan “ Pertahankan Hak dan Maruah “ beliau sebagai seorang MB adalah tindakan yang matang, berani dan tepat pada masa dan keadaan. Tahniah Dato’ MB.
    Tindakan membubarkan dewan sekiranya terpaksa seperti mana cadangan Dato’ MB juga adalah satu langkah yang sangat tepat demi Maruah seorang MB dan Hak Rakyat Terengganu untuk mempunyai YB tidak main-main dan yang matang serta sentiasa memikirkan “ Hak Dan Maruah Rakyat Terengganu”. Rakyat juga inginkan semua YB mereka terdiri daripada mereka yang patuh dan menghormati “Segala Keputusan Adil Institusi Di Raja”, khususnya di Terengganu.

    Bagi Mampat, kepimpinan Dato Ahmad Said adalah jauh lebih telus dan bersih berbanding kepimpinan Menteri Besar sebelumnya.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT