• ANTARA AMANAH SULTAN & TEKANAN UMNO : APA TINDAKAN DATO' MB

    Antara Amanah Sultan Terengganu dan Desakan UMNO Terengganu : Apa sepatutnya Dato MB' lakukan ?

    Teringat kepada lagu Madu di tangan kananmu, Racun di tangan kirimu - itulah yang sekarang ni tengah difikir-fikirkan oleh Dato' MB. Dalam keadaan ini Dato' MB harus pandai memilih dan jangan tersalah pilih.

    MAMPAT sekadar ingin memberikan pandangan dan buah fikiran untuk renungan dan peringatan Dato' MB. APakah Dato' perlu mengikuti apa desakan Adun-adun lain atau meneruskan AManah yang diberi oleh KDYMM Sultan untuk mentadbir Terengganu Darul Iman. Dato' kena fikirkan kenapakah Tuanku meminta Dato' untuk menjadi Menteri Besar?



    1. Dato' sahaja yang berani menuruti Amanah Tuanku dengan tidak menandatangani " Perjanjian Derhaka" yang dipelopori oleh "Rosul".

    2. Tuanku tidak mempercayai Datuk Idris Jusoh, apatah lagi penderhakaan kumpulan Datuk Idris dengan slogan " Kami Nak Idris Natang"



    3. KDYMM percaya Datuk Idris Jusoh BUKAN lah seorang MB yang baik dan BUKAN seorang Pentadbir yang baik. Bahkan Tuanku tahu Idris Jusoh adalah MB yang PANDAI menghabiskan Wang Rakyat.....



    Sekiranya tidak, kenapa dan mengapa Tuanku tak mengizinkan Datuk Idris Jusoh untuk menjadi MB sedangkan BN menang di Terengganu.

    Justeru, MAMPAT menyeru kepada Dato' Ahmad untuk meneruskan Amanah yang diberikan TUanku kepada Dato' Ahmad atau Dato' Ahmad mengizinkan UMNO untuk meneruskan Penderhakaan kepada Tuanku ???



    Fikir-fikirkan lah Dato'.....

2 comments:

  1. fida says:

    Daulat Tuanku..

  1. insan says:

    mudah mudahan mampat dapat sampaikan kepada SBP YDPA bahawasanya semua yang bermula daripada khabar angin usul undi tidak percaya, sms ugutan hingga lah kepada penangkapan suspek sebenar penghantar sms tersebut adalah konspirasi terancang oleh pihak yang tidak bersetuju dengan titah Tuanku Sultan melantik YAB Dato' Ahmad Said sebagai MB.
    Ini sama dengan penghinaan terhadap tuanku. Mereka seolah oleh ingin menghina Tuanku sekali lagi selepas kain rentang yang jelas menghina tuanku. Mereka seolah olah tidak berminat untuk ke persidangan DUN sama dengan seolah olah tidak lagi berminat mewakili rakyat yang telah memilih mereka. Ketidakhadiran mereka juga jelas menunjukkan protes mereka kepada istana.
    Saya percaya bahawasanya kebenaran akan senantiasa ditunjukkan oleh ALLAH yang Maha Berkuasa bagi menunjukkan sesuatu yang benar.
    InsyaAllah, sekiranya benar maka Kebenaran itu akan sentiasa BENAR.

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT