• 11 ADUN Tidak Hadir Bimbang Keselamatan Terancam

    11 ADUN Tidak Hadir Bimbang Keselamatan Terancam

    Written by SM Noor & WanKay
    Tuesday, 14 April 2009 13:04

    Kuala Terengganu – Seramai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu hadir dalam satu sidang media yang diadakan disebuah hotel disini jam 10 pagi hari ini.

    Sidang media tersebut diadakan ekoran ‘ugutan bunuh’ yang diterima oleh tiga ADUN, Badul Halim Jusoh (Permaisuri), Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka) dan Dato’ Rosol Wahid (Ajil).

    Rosol berkata mereka tidak akan hadir ke Sidang DUN Terengganu kerana bimbang tentang keselamatan diri mereka. (Gambar - Tengku Baderulzaman memeriksa perbarisan sempena perasmian Sidang DUN Terengganu semalam)



    Walau bagaimana pun, ketika Sidang DUN dimulakan semula selepas rehat jam 10.00 pagi tadi, Wan Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) kelihatan duduk di dalam dewan mengikuti Sidang sehingga rehat tengahari ini.


    Namun begitu, Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang tidak hadir dalam sidang media di hotel pada pagi tadi, turut tidak hadir dalam sidang DUN.

    Walaupun Idris tidak hadir dalam sidang media, Idris berada di tingkat 17 hotel tersebut dan menyertai para wartawan ketika minum pagi selepas sidang media tersebut.

    Seorang lagi ADUN, Nawi Mohamad yang tidak kelihatan dalam sidang media di hotel, muncul dipersekitaran sidang DUN tetapi tidak dipastikan samada beliau masuk menyertai sidang DUN yang ditangguhkan sehingga jam 2.00 petang ini.


    Kelam kabut sidang ADUN BN dan Sidang DUN Terengganu bermula pada 11 April, Sabtu lalu, apabila Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menegaskan ADUN BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya boleh dipecat.

    Ahmad berkata demikian ketika ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal, Kemaman.

    Usul undi tidak percaya yang diheboh-hebohkan tidak menjadi realiti sehingga sidang hari kedua pada hari ini.

    Mesyuarat Kali Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke 11 (Sidang DUN) bermula semalam, setelah dibuka dengan rasminya oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT