• PPSMI HEBAT - MARI TENGOK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR LUAR BANDAR

    Sila lihat analisa ini.

    Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Bagin: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 72%

    Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Soi: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik 69%

    Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi, Kudat: Jumlah yang mendapat markah D & E bagi Matematik, 107 daripada 111 calon!

    Daripada 418 ribu pelajar yang mengambil PMR 2005, lebih 200 ribu mendapat markah D dan E dalam mata pelajaran sains dan matematik.

    Kalau ini bukan “academic ethnic cleansing”, apa lagi namanya?

    Sumber: Daripada isi pembentangan Pengerusi KKGGMMB (Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Malaysia Barat).

2 comments:

  1. Hishamuddin bukan tau pun angka-angka ni.

    Asalkan berbeza dengan kepala dia... PEMBANGKANG!

    Pemikiran dia setakat tu saja...

  1. alah..ni seme politik. kalau nak di ikutkan, berapa kerat sangat yang pandai bi? berapa kerat pelajar melayu yang betul-betul faham apa yang derang belajar melalui dasar PPSMI tu?

    lagipun cuba korang tengok negara2 lain, terutamanya negara2 maju. mana ada belajar dalam bahasa asing? orang politik malaysia ni je yang koya...konon namapak lagi kelas dunia. padahal menyusahkan. derang tak rasa xpe la. tapi anak2/budak2 ni yang rasa.

    punca tak pandai bi bukannya sebab kurang penggunaan di sekolah, tapi sebab subjek tu kurang menarik minat. ajar pun macam tak nak ajar. kreative la sikit (maaf kalau ada cikgu2 yang terasa. tapi inilah pandangan dari seseorang yang pernah belajar disekolah selama 11 tahun). nak2 mase sekolah rendah. aku masuk sekolah menengah baru minat nak blaja bi. tu pun sebab ade sastera bi. dari situ la perlahan2 meningkat. yang penting, nak pandai bi, kamus mesti sentiasa ada. kamaus pun malas belek, jangan harap bi cair dimulut.

    aku yang belajar di ipt yg pakai bi sebagai pengantar pn tak setuju. bukan ape..walaupun bahan rujukan banyak dalam bi, dalam 99% camtu. ape salahnya kita ambil inisiatif terjemahkan ke dalam bm? mudah untuk anak cucu kita faham. lagipun cuba buka balik buku sejarah. baca balik macam mana orang2 barat ni bangkit dari zaman gelap. mereka ambil inisiatif baca, faham dan terjemah balik dalam bahasa ibunda mereka. walaupun bahan asalnya dalam bahasa arab.

    cadangan aku, bagi je pelajar2 ni baca buku bi tiap2 kelas bi. lepas tu mintak derang translate 2-3 ayat. lama2 pandai la (tu yang aku buat mase sekolah menengah...merangkak2 gak mula2. tapi lama2 alah bis tegal biasa). dan banyak lagi cara lain untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris.

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT