• MANA ROYALTI ??? MAMPAT HARAP PENJELASAN DATO' MB SEMASA SIDANG DUN APRIL NANTI....

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) menyatakan iltizam untuk menyokong mana-mana pihak yang memperjuangkan untuk mendapatkann kembali ROyalti untuk mempertahankan Hak dan Maruah Rakyat Terengganu....


    KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menunaikan janji kepada rakyat Terengganu berhubung wang royalti minyak sebagaimana dijanjikannya sebelum ini.

    Ketua Penerangan Pas Terengganu, Muhyidin Abd Rashid berkata, inilah masanya Najib mengotakan persetujuan yang telah dicapai antara kerajaan persekutuan dan negeri untuk menyelesaikannya bulan ini.

    Muhyidin percaya, janji tersebut mampu membersihkan imej Najib yang tercalar berhubung beberapa perkara sebelum ini.

    “Asalnya, kerajaan persekutuan janji September tapi tidak diserah dan janji Mac pula. Sehingga Mac nak habis tiada kepastian bila wang royalti ingin diserahkan kepada Terengganu.

    “Inilah masalah Najib yang juga Menteri Kewangan menunjukkan kewibawaan dan kepimpinan terhadap apa yang dijanjikan. Sekiranya dia menunaikan janji, mungkin ia sedikit sebanyak dapat membersihkan imej beliau,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

    Menurutnya, walaupun perkara yang dikatakan itu sudah lama, beliau yakin janji tersebut masih segar di ingatan rakyat sehingga kini.

    Menurut Muhyidin, Najib tidak seharusnya membuatkan rakyat Terengganu tertunggu-tunggu dengan sandiwara yang dilakukan pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

    Sebelum ini, kerajaan negeri dikatakan bakal menerima bayaran royalti minyak kira-kira RM3 bilion secara terus daripada Petronas bagi hasil pengeluaran tahun ini jika harga bahan mentah itu kekal pada paras sebagaimana akhir tahun lepas.

    Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah pernah berkata, bayaran tersebut akan diterima terus daripada Petronas dua kali setahun bermula bulan ini.

    Bagaimanapun, Pas menganggap apa yang dijanjikan kerajaan persekutuan kepada rakyat hanya untuk menarik sokongan rakyat terhadap UMNO pada pilihan raya kecil di P036, 17 Januari lalu.

    “Rakyat tertunggu-tunggu, sepatutnya kerajaan apabila berjanji perlu tahu menyelesaikan masalah tersebut tapi biasalah UMNO, apabila dekat dengan pilihan raya banyak janji,” katanya.

    http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story2587094.asp

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT