• KRONOLOGI PPSMI - SAPA KATA BARU, CUMA TIADA TINDAKAN POSITIF DARI KERAJAAN...

    KRONOLOGI PPSMI

    Perihal PPSMI: Satu Pemahaman Bersama
    KRONOLOGI PPSMI

    1993 Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika menjadi Perdana Menteri) membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris.

    1995 Lebih 250 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta aliran Inggeris wujud.

    1996 Persatuan Linguistik Malaysia menerbitkan buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, yang menentang dasar tersebut.

    2002 Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.

    Pertemuan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

    2004 1.88 juta orang pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

    2005 Pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

    Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dipandang sepi.

    Akhbar The News Straits Times, 16 September, melaporkan bahawa kebanyakan pelajar mendapat F dalam kedua-dua mata pelajaran dalam peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar dalam tempoh sebulan dua. NAMPAK SANGAT KUALITI SOALAN @ GRED DITURUNKAN...

    2008 Utusan Malaysia, 14 November melaporkan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kebimbangan pihak tertentu terhadap kemungkinan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan bahasa ibunda adalah tidak berasas.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT