• KENAPA KITA MENOLAK PPSMI BERDASARKAN FAKTA DAN KAJIAN...


    ISI-ISI PENTING

    FAKTA 1

    - Hasil kajian oleh Trends In International Mathematics and Sciencs Study ( TIMSS 2007 )
    o Kaji Perlaksanaan dan Keberkesanan Kurikulum Sains & Maths
    o Kajian mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pd Ogos 2000
    o Dibentangkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
    o Melibatkan 3 kitaran iaitu ;
    i. Kitaran Pertama - Tahun 1998-2000
    ii. Kitaran Kedua - Tahun 2001-2004
    iii. Kitaran Ketiga - Tahun 2005-2008
    o TIMSS disertai oleh wakil dari 59 buah Negara
    o Kajian melibatkan pelajat tingkatan 2 – 4466 pelajar
    o Melibatkan 150 buah sekolah

    Keputusan Skor Matematik
    • 1999 = 519
    • 2003 = 508 (turun 11 mata berbanding dengan skor 1999)
    • 2007 = 474 (turun 34 mata berbanding dengan skor 2003)
    • Purata murid antarabangsa meningkat manakala purata murid Malaysia merosot.

    Keputusan Skor Sains
    • 1999 = 492
    • 2003 = 510 (naik 18)
    • 2007 = 471 ( turun 40 )

     Semua Negara yang naik menggunakan bahasa Kebangsaan masing-masing
     Ulasan TIMSS berlaku adalah seperti berikut “”

    “At both fourth an eighth grades, on average across countries, a large majority of students reported always or almost always speaking the language of the test at home, and these students had higher average mathematics (and science) achievement than those who reported it less frequently.” TIMSS Mathematics/ Science Report 2007, p. 7)
    Ertinya dalam kebanyakan negara, pelajar yang menyatakan yang mereka belajar mata pelajaran ini dalam bahasa ibunda (home language) adalah secara puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding dengan pelajar yang menyatakan mereka belajar matematik dan sains dalam dalam bahasa asing di peringkat rendah dan menengah (8th grade).

    Sokongan kenyataan berdasarkan kajian oleh
    i. Hasil kajian ini menunjukkan kemahiran kognitif akademik berkembang terutamanya melalui bahasa ibunda pada peringkat pendidikan awal. Justeru apabila pelajar cuba memperoleh bahasa asing dan terus belajar matematik dan sains melalui bahasa asing tersebut sebagai bahasa pengantar, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah (Cummins & Saville-Troike 1991; Swain 1986).

    ii. Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang bagini, UNESCO mengeyorkan bahasa keluarga digunakan untuk pengajaran-pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bagi

    iii. Semua negara dalam European Union menerima dasar bagi mengajarkan mata pelajaran utama (seperti sains dan matematik) dalam bahasa ibunda. Bahasa kedua yang wajib boleh dipilih dari Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua misalnya diajar melalui pendekatan yang dipanggil pengajaran bahasa dalam konteks pembelajaran isi.

    iv. Kajian-kajian (Isahak 2008, Juriah Long 2006) menunjukkan 70%-80% pelajar Tingkatan 2 menyatakan yang mereka sukar dan agak sukar mengikuti pengajaran guru Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris


    FAKTA 2

    - Dibantah oleh ramai Cendikiawan Melayu seperti Profesor Emeritus Abdullah Hassan; Profesor Diraja Ungku Aziz, Datuk Profesor Dr Nik Safiah Karim dan ramai lagi.
    - Cth Kenyataan Pro Ungku Aziz di mana kita kenal siapa dia [[[Ungku Aziz adalah orang yang berfikir. Beliau tidak minta apa-apa pun. Beliau berkata, PPSMI ini tidak menguntungkan bangsa Melayu. Kami pun berfikiran sama seperti itu. Kita akan sentiasa kalah jikalau kita teruskan PPSMI ini.]]]

    Fakta 3

    - Keputusan UPSR tahun 2008
    - Sekolah Rendah Cina meningkat manakala Sek Rendah Kebangsaan menurun kerana terus belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Cina (dan ditambah dengan istilah Inggeris).

    Fakta 4

    - Pelajar kita sambung belajar di banyak negera seperti UK, US, Perancis, Jepun, Korea, Jerman, Russia, Jerman, Rusia, Cina dll
    - Bg Negara yang guna BI ok- bagi Negara yang guna Bahasa ibunda ???


    Fakta 5


    - Penyelewengan fakta yang menyatakan kecekapan dalam bahasa Inggeris itu menjadi prasyarat untuk membolehkan pelajar meneruskan pelajarannya dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Yang sebenarnya adalah sebaliknya. Pengetahuan yang kukuh dalam math dan sains menjadi prasyarat untuk pengajian dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, bukan bahasa Inggeris.
    - Kalau lemah BI tapi kuat Fakta Maths & Sains  masih boleh berjaya utk jadi saintis – cth pelajar Kelantan …bagi cth sleng ---tapi berjaya
    - Kalau kuat BI tapi lemah Fakta Maths & Sains  tak kan berjaya jadi saintis… Mesti semua pelajar UK, US jadi saintis SEMUA SEKALI
    - Kualiti soalan yang terpaksa diturunkan, soalah jadi mudah. Suaikan seperti soalan pelajar Tadika.


    KENAPA SUSAH SANGAT NAK KEMBALI KE BM


    1. Semua guru Matematik dan Sains sudah pun terlatih dan cekap untuk mengajar dua mata pelajaran ini dalam Bahasa Malaysia (dari peringkat rendah, menengah dan matrikulasi), kerana mereka telah pun mengajarnya dalam BM sebelum ini. Mereka tidak perlu dilatih semula dalam Bahasa Malaysia.
    2. Hanya yang perlu disediakan ialah buku teks (dan buku kerja) dalam Bahasa Malaysia. Dan ini tidaklah bagitu sukar dibuat: iaitu dengan mengadaptasi saja buku teks dalam bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka boleh menjalankan ini dengan bantuan ramai pendidik dan guru pakar.
    3. Program dan modul DVD dan komputer yang sedia ada dalam BI tidak perlu diganti atau ditukar ke dalam Bahasa Malaysia. Dalam keadaan sekarang pun alat-alat ini kurang digunakan di kebanyakan sekolah. Tetapi bahan yang sedia ada itu boleh terus digunakan sebagai rujukan tambahan. Guru dan pelajar perlu terus membuat projek sains dan matematik mereka mengguna komputer, misalnya dalam BM. Bahkan pelajar akan lebih kreatif membuat projek kerana bahasa tidak lagi menjadi kepayahan untuk mencatat dan menulis.
    4. Peperiksaan Matematik dan Sains sudah pun dibuat dalam dwi bahasa (BM & BI) di peringkat UPSR, PMR, SPM dan Matrikulasi sekarang. Dan sebahagian besar pelajar UPSR (2008) Sekolah Kebangsaan memilih untuk menjawabnya dengan merujuk Bahasa Malaysia.
    5. Di peringkat matrikulasi, sebenarnya mata pelajaran sains seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik juga diajar dalam dwibahasa (BM dan BI) dan ujian dan peperiksaan diberi dalam dwibahasa bagi membantu pelajar Melayu dan Bumiputera lain memahaminya.
    Pada anggaran saya tidak ada penambahan kos yang besar untuk kembali menggunakan BM bagi pengajaran Matematik dan Sains di sekolah. Kos yang terlibat hanya dalam penyediaan buku teks (dan buku kerja) matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia.

    APA YANG PERLU DIBUAT UTK MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
    1. Tambahkan masa untuk pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah, terutama dalam Tahun 1 -3.
    2. Ubah atau pinda Kurikulum Bahasa Inggeris supaya lebih sesuai untuk dilaksana bagi pelajar berbagai-bagai aras kebolehan
    3. Pelbagaikan program dan pendekatan mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar pelbagai kebolehan dan latar belakang, di bandar dan di desa.
    4. Saya syorkan ini boleh dibuat secara modular.
    5. Dalam program pengajaran-pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dimasukkan istilah-istilah dan unsur-unsur sains dan matematik. Persembahannya boleh dipelbagaikan dalam bentuk cerita, nyanyian, lakonan dan sebagainya.
    6. Pendekatan sama (standardised) yang sedia ada sekarang kurang berkesan dan perlu diubah. Dan boleh diubah, jika Kementerian Pelajaran lebih bersikap terbuka bagi menerima dan melaksanakan pendekatan alternatif. Pendidik dan guru Malaysia rata-rata kreatif. Kementerian Pelajaran harus lebih terbuka untuk menerima idea dan pendekatan dari luar, tidak semestinya dari luar negara!
    7. Terjemahkan lebih banyak buku Rujukan ke dalam Bahasa Melayu.

    Kenapa MAMPAT tetap memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ?


    1. Menurut kajian, Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ke 12 terbaik di dunia. Jadi tiada sebab yang logik untuk tidak menggunakan Bahasa yang telah diiktiraf.
    2. Bahasa Melayu digunakan oleh Rumpun Melayu terbesar didunia iaitu seramai 350 000 juta orang berketurunan Melayu di Kepulauan Melayu.
    3. Kajian dan sejarah juga menunjukkan kebanyakan Negara yang berjaya adalah negara yang mempunyai Jati Diri yang kukuh seperti Jepun, Jerman dan banyak lagi negara. Mereka belajar Bahasa In ggeris tetapi kekal menggunakan Bahasa Ibunda masing-masing di dalam urusan harian terutama di dalam pengajaran dan pembelajaran.

    4. Bahasa adalah suatu kemahiran yang hanya boleh diperolehi apabila ianya dijadikan Bahasa Komuniklasi harian, bukan sekadar semasa di dalam kelas. Persoalannya mampukah ibu bapa pelajar-pelajar di Hulu Terengganu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan anak-anak mereka ? Jawapannya ...tidak.

    5. Pengalaman kami juga menyatakan sedemikian. Kemudahfahaman pelajar terhadap tujuan pengajaran khususnya Sains agak terhad. Bagaimana untuk mengadaptasikannya pula di dalam kehidupan. Sebagai contoh, pokok kaembong dalam Bahasa Inggeris dipanggil apa ? Mungkin ada dikalangan yang membaca artikel ini tidak tahu maknanya. Kalau cari dalam kamus internet pun sangat susah mendapatkan terjemahannya. Pokok kaembong di dalam bahasa Inggeris adalah samada balsam atau balsom.

    6. Pelajar-pelajar semakin kurang mampu untuk menguasai Bahasa Melayu itu sendiri. Semakin ramai pelajar yang tidak mampu mengeja dengan betul di dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, pelajar Tingkatan 4 menjawab soalan Kimia. Apabila menjawab soalan dibenarkan di dalam 2 bahasa, pelajar lebih memilih menjawab didalam Bahasa Melayu terutama pelajar di luar bandar. Namun yang menjadikan masalah adalah, jawapan kepada soalan dibuat didalam Bahasa Melayu tetapi ejaan di dalam Bahasa Inggeris. Maka jadilah klorin dieja sebagai chlorine.....

    7. Kita juga tahu banyak Universiti diluar negara yang mengajar Bahasa Melayu sebagai matapelajaran pilihan ( subjek electif). Ini juga memberikan peluang kepada orang Melayu untuk mengajar di Universiti luar negara.

    8. Khuatir, suatu masa nanti Bahasa Melayu akan pupus dan semakin tidak digunakan sepertimana nasib Jawi

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT