• ISU PPSMI - FAKTA YANG DILUPAKAN

    1. Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua terbesar dalam penyebaran agama Islam selepas bahasa Arab.

    2. Ramai ulama dunia Melayu yang menulis tentang Hisab al-Hind, aljabar (algebra), geometri, logaritma, dan falak. Antara karya Matematik yang ditulis oleh ulama Nusantara ialah Raudat al-Hussab fi a’mal al-Hisab (1310 H) oleh Syeikh Ahmad ‘Abdul Latif al-Khatib, Ilmu Hisab dan Ilmu Falak oleh Syeikh Ahmad al-Fatani, Muhammad Nur l-Ibrahimi, Ilm al-Mantiq (1352H) dan ramai lagi. Malahan ada karya-karya yang menjadi simpanan orang perseorangan luar Nusantara yang dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan seperti Ilmu Hitungan yang tersimpan dalam koleksi J.A.W. Van Ophusyen, Belanda.

    3. Bahasa Melayu sudah memiliki melebihi sejuta kosa kata meliputi pelbagai lapangan akademik, ekonomi, teknologi dan sebagainya.

    4. Walaupun India dan Filipina telah menggunakan bahasa Inggeris selama 300 dan 60 tahun, namun mereka masih tidak mampu melepasi paras kemiskinan penduduk sehingga kini.

    5. Itali pernah menggunakan bahasa Arab untuk memajukan negara dengan menceduk ilmu daripada Empayar Islam tetapi gagal. - PERLU BAHASA IBUNDA JUGA ...


    6. Pada kurun ke-17, Jerman masih negara mundur kerana menggunakan bahasa Perancis untuk maju walaupun mempunyai sumber alam yang besar berbanding negara Perancis sendiri. Malahan penggunaan bahasa Perancis dalam institusi pendidikan dan peperiksaan pelajar di Jerman waktu itu masih gagal membentuk jati diri, keupayaan minda bangsanya, keyakinan bangsa Jerman malahan prestasi sebenar jauh lebih merosot pada hakikatnya.

    7. Senarai Times Higher Education Supplement (THES) 2007 menunjukkan kebanyakan universiti dunia yang menggunakan bahasa kebangsaan berjaya menduduki tangga di bawah 50. - BAGAIMANA DENGAN MALAYSIA....???

    8. Kini, kira-kira 20% sahaja bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran pada peringkat menengah atas sehingga institusi pengajian tinggi.

    9. Bahasa Melayu merupakan bahasa ke 12 terbaik di dunia...

    10. Kalaulah Bahasa Inggeris boleh memastikan pelajar mampu menguasai Sains dan Matematik dan boleh menjadikan pelajar menjadi Saintis.... Mesti semua warga Amerika dah jadi Saintis..... tapi sebaliknya.....

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT