• DEMOKRASI YANG SEMAKIN MATI....... BATAL PERMIT AKHBAR..... WAJARKAH TINDAKAN ITU.....


    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) melahirkan rasa dukacita dan terkejut dengan pandangan dan pendapat "Dangkal" Pengerusi Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz yang bersetuju supaya Akhbar kepunyaan PAS dan PKR di gantung bahkan dibatalkan permit.

    Sebagai sebuah NGO yang tidak sepatutnya berpihak kepada kerajaan (NGO = Non Goverment Organization) Pengerusi GGMM (itu pun kalau dah berdaftar le)nampaknya tidak memberikan hujah secara ilmiah sesuai dengan nama organisasinya. Hujal dangkal dan singkat tidak menunjukkan tahap Ilmuan sebagai seorang graduan. Adakah ini hasilnya graduan sekarang dan apakah ini adalah kualiti graduan sekarang?

    MAMPAT juga ingin melahirkan kerisauan akan matinya Demokrasi di Malaysia hasil daripada tindakan tersebut. Bagi MAMPAT, Kerajaan sepatutnya memberi amaran dan berunding dengan pihak berkenaan supaya ianya diselesaikan dengan cara yang baik. Kenapa MAMPAT memberikan pendapat yang sedemikian. Hujahnya adalah seperti berikut;

    1. Setiap Parti Politik akan menyerang musuh politik dan mempertahankan
    Parti masing-masing. Ini bukan sekadar dilakukan oleh Harakah dan Suara
    Keadilan BAHKAN oleh Utusan Malaysia, Berita Harian dan juga TV3, RTM. Apa keburukan yang tidak diperkatakan oleh TV3 kepada PAS dan PKR ?

    2. Setiap tuduhan yang dikeluarkan di dalam samada Harakah dan Suara Keadilan
    sepatutnya dijawab secara ilmiah dan fakta sekiranya pertuduhan itu tidak
    benar.

    Oleh itu, MAMPAT juga menyeru pihak KDN berfikiran waras dan rasional. Jangan sekadar mengikut hati. Kata orang-orang tua "Ikut hati, mati". Jangan biarkan dunia mentertawakan kita.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT