• SPRM - KEWAJIPAN DAN APA YANG PERLU KITA LAKUKAN ....



    MAMPAT ditanya apakah yang perlu dilakukan sekiranya mempunyai maklumat mengenai Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa. Bersama ini di lampirkan prosedur dan Sebab kenapa perlu buat laporan....

    Kalau takut... toksah bising-bising.... Kalau tak sanggup melihat kemungkaran.... Mari bersama dengan MAMPAT memperjuangkan kebenaran.....

    MAKLUMAT BOLEH DIHANTAR DENGAN CARA :
    Datang sendiri ke mana-mana Pejabat SPRM terdekat
    Gunakan Laman SPRM http://www.sprm.gov.my
    Maklumat melalui SMS
    E-mel : info@sprm.gov.my.
    Tulis surat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Peti Surat 6000,62007 Putrajaya atau mana-mana negeri (tanpa setem)
    Talian bebas tol SPRM 1-800-88-6000

    KEWAJIPAN MELAPORKAN PERBUATAN RASUAH
    Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, beserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.

    Seksyen 25(1) SPRM 2009

    Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh,atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai SPRM atau pegawai Polis yang paling hampir.

    Seksyen 25(3) SPRM 2009

    PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT DAN KANDUNGAN MAKLUMAT
    Semua pemberi maklumat kepada pegawai suruhanjaya (SPRM) adalah dilindungi dan tidak boleh didedahkan atau diperintah untuk didedahkan di dalam mana-mana mahkamah. Dalam hal maklumat, segala bahagian yang mengandungi identiti pemberi maklumat hendaklah dihapuskan, disembunyi atau dirahsiakan.

    Sek. 65(1) dan (2) SPRM 2009

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT