• SPRM - BERLAKU ADILLAH KEPADA SEMUA ORANG - LAPORAN SLAHLAKU 1 - TERENGGANU

    MAMPAT menyeru kepada SPRM untuk berlaku adil kepada semua laporan yang dibuat. Jangan hanya mengambil tindakan kepada laporan yang dibuat oleh UMNO sahaja. Terlalu banyak bukti ketidakadilan ini..... Ini adalah sebahagian daripada ketidakadilan terhadapa laporan yang di buat.... Jangan pula buat alasan bahawa surat ini dibuat sebelum SPRM diwartakan pulak..... Surat ini dihantar oleh orang Cukai Kemaman..... untuk tindakan dan bukan sekadar pameran....

    Suhaimi Bin Ahmad
    461-A, Jalan Petani
    Chukai
    21200 Kemaman
    TERENGGANU

    Kepada;

    YBhg Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan
    Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia
    Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Malaysia
    Blok D6, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    Peti Surat 6000
    62007 PUTRAJAYA

    YBhg Datuk Seri,

    MOHON MAKLUMAN STATUS SIASATAN KES RASUAH
    DATO’ AHMAD BIN SAID, MENTERI BESAR TERENGGANU


    Merujuk kepada perkara di atas, saya mohon YBhg Datuk Seri agar memaklumkan kepada umum status siasatan BPR terhadap tuduhan-tuduhan rasuah yang dilakukan oleh YAB Dato’ Ahmad Bin Said, yang kini Menteri Besar Negeri Terengganu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ADUN Kijal.


    Sepertimana yang diketahui umum, Dato’ Ahmad Said telah disiasat oleh BPR kerana terbabit dengan rasuah dalam kes-kes berikut:

    1) Projek Roller Coaster di Kemaman pada 1995
    2) Projek Pembinaan Dewan Besar Seri Amar Chukai, Kemaman pada 2007
    3) Projek Mercu Tanda Daerah Kemaman di Bandar Chukai pada 2006
    4) Projek Tambun Tanah di Kijal pada 2008 (3 kes)
    5) Pemberian lesen arak dan judi kepada peniaga di Bandar Chukai





    Makluman kepada umum adalah penting agar rakyat mengetahui dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku dan bagi mengelakkan BPR dianggap sengaja menutup kes-kes yang melibatkan VIP atau ahli politik parti kerajaan.

    Sekian, semoga mendapat perhatian dan pertimbangan pihak YBhg Datuk Seri jua.

    Terima kasih.

    Yang benar,

    SUHAIMI B AHMAD


    YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi
    Perdana Menteri Malaysia


    YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
    Ketua Pembangkang
    Parlimen Malaysia

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT