• SALAH LAKU PIHAK PENGURUSAN UNIVERSITI DARUL IMAN ... SPRM Tolong Siasat....



    Pihak MAMPAT menerima sepucuk surat daripada kakitangan UDM yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap salah laku Pengurusan UDM terutama Dato' NC. Berikut adalah surat yang kami terima.... Semoga ada penjelasan yang munasabah daripada pihak UDM dan SPRM tolong siasat....

    Kakitangan
    Universiti Darul Iman Malaysia
    Kampus KUSZA
    Gong Badak
    8 Februari 2009
    Pengerusi
    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu
    109 Taman Desa Pusu 3
    Jalan Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu
    Terengganu.

    Yang Berhormat Dato’,

    LUAHAN HATI KAKITANGAN UDM TERHADAP SALAH LAKU PIHAK PENGURUSAN UDM.

    Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

    2. Silap laku pihak pengurusan tertinggi UDM adalah seperti berikut;
    i. Dato’ Naib Canselor telah memaksa supaya cek pembayaran dibuat atas nama beliau bagi pembelian sebuah kereta VIVA melebihi harga kereta tersebut. Pembelian tersebut adalah dibawah skim pinjaman kenderaan beliau dengan UDM.
    ii. Dato’ Naib Canselor telah memaksa bahagian pengambilan pelajar UDM untuk mendaftarkan anak saudara isterinya sebagai pelajar di Fakulti Pertanian dan Bioteknologi walaupun tiada pengambilan pelajar baru pada Sem II Sesi 2008/2009 diambil sesuai dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar ini telah berdaftar di UDM pada 30 Disember 2008 walaupun tidak mencukupi syarat kemasukan keperingkat ijazah sarjana muda seperti tidak ada kelayakan MUET, dan hanya bersijil SPM tanpa sijil matrikulasi ataupun STPM serta diploma tetapi dibenarkan untuk mengambil memasuki jurusan Sarjana Muda Teknologi Makanan. Anak saudara isterinya menjadi pelajar tunggal untuk semester ini dan pensyarah diwajibkan pengajar seorang pelajar sahaja. Pegawai gred N48 yang enggan meluluskan pengambilan anak saudaranya telah ditukarkan dari Bahagian Pengambilan Akademik ke Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.
    iii. Dato’ Naib Canselor juga telah menukar seorang kakitangan bahagian pembangunan (En. Muslim) ke bahagian perpustakaan kerana pegawai tersebut telah membuat laporan prestasi kerja yang tidak baik terhadap seorang kontraktor yang Dato Naib Canselor kemukakan.
    iv. Dato Naib Canselor tidak membenarkan kakitangan yang ingin berjumpa walaupun beberapa kali membuat temujanji.
    v. Pembelian komputer yang melebihi seratus buah yang berjumlah ratusan ribu tidak melalui tender seperti yang sepatutnya tetapi terus kepada pembekal komputer yang merupakan sepupu Dato’ Naib Canselor. Jenis komputer yang sama boleh didapati dengan harga yang lebih murah sekiranya melalui proses tender.



    vi. Setiap kali program yang melibatkan penggunaan hotel di luar kawasan, hotel yang dipilih adalah di Villa Danialla Beach Resort, Jalan Tok Bali, Kelantan yang dipunyai oleh sepupu Dato’ Naib Canselor yang juga merupakan pembekal komputer di perenggan v di atas walaupun tempahan telah dibuat ditempat lain (surat dikepilkan).
    vii. Pembinaan 3 buah bangunan untuk pusat teknologi maklumat, bangunan akademik dan pengubahsuaian bangunan Khadijah di Kampus KUSZA diberikan kepada perunding yang merupakan saudara Dato’ Naib Canselor.
    viii. Pengubahsuaian UDM Kampus Kota yang menelan belanja yang banyak dibuat tidak melalui tatacara Jawatankuasa Tender.
    ix. Program MANAGEMENT DEVELOPMENT WORKSHOP di Sungkai, Perak yang menelan belanja melebihi RM1 juta. (melebihi RM50,000 X 18 kumpulan) telah diberikan kepada PUNCAK LESTARI SDN BHD. Apakah justifikasi yang diberikan untuk melantik syarikat ini mengendalikan program yang melibatkan peruntukan yang besar begini.



    x. Pendaftar yang pencen telah dilantik balik yang berstatus kontrak tidak menjalankan tugas untuk kemajuan kakitangan tetapi membawa masuk anak-anak saudara ke UDM. Ada di antara kakitangan di UDM mempunyai adik beradik dan ipar seramai 8 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan pensyarah-pensyarah.
    xi. Kakitangan KUSZA yang bertaraf kontrak (ada yang berkhidmat melebihi 20 tahun) tidak disambung kontrak dan diberhentikan.
    xii. Kakitangan UDM yang sebelum ini adalah kakitangan KUSZA tidak diberi tempat yang sepatutnya. Contoh pegawai yang bergred 52 dan 48 ditukarkan ke fakulti yang sepatutnya pegawai-pegawai ini menerajui pengurusan di unit-unit seperti Bahagian Pembangunan Organisasi dan Pentadbiran , Timbalan Pendaftar dan Bahagian Pengurusan Akademik.
    xiii. Ini bukan surat layang. Sila siasat.

    3. Diharap pihak YB Dato’ dapat mengambil serius perkara ini.

    Sekian. Terima kasih

    Yang benar,

    Kakitangan UDM

    s.k Y. Bhg. Dato' Mohd Azlan bin Hashim
    No. 15, Jalan Bukit Ledang
    Off Jalan Duta
    50480 KUALA LUMPUR
    Tel : 03-20949916
    Fax : 03-20949926

    Y. Bhg.Tan Sri Dato' Seri Panglima Dr. Abu Hassan bin Othman
    No. 284 Persiaran Zaaba
    Taman Tun Dr Ismail
    60000 Damansara
    KUALA LUMPUR
    Tel : 03-77284505/019-8622999
    Fax : 03-21427131

    Y.B. Dato' Seri Abdul Hamidy bin Abdul Hafiz Managing Director/CEO Affin Bank Berhad, 19th Floor Menara Affin, 80 Jalan Raja Chulan, 50200 KUALA LUMPUR Tel : 03-20559004 Fax : 03-20319195
    Y.B. Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee
    (Ahli Perlimen Setiu)
    Pejabat UMNO Bahagian Setiu
    22100 Bandar Permaisuri
    Setiu, Terengganu

    Y. Bhg. Prof Dr. Rujhan bin Mustafa Pengarah Bahagian Pengurusan Akademik
    Jabatan Pengurusan IPT
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
    Aras 3, Blok E9, Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62505 PUTRAJAYA
    Tel : 03-88835839
    Fax : 03-88895675

    Y.B. Dato' Haji Mokhtar bin Nong Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
    Tingkat 15
    Wisma Darul Iman
    20503 Kuala Terengganu
    Tel : 09-6233336
    Fax : 09-6242244

    Ketua Pengarah,
    Jabatan Pengajian Tinggi,
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
    Aras 3, Blok E9, Parcel E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62505 PUTRAJAYA

    Pengarah
    Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
    Negeri Terengganu,
    Tingkat 10, Wisma Persekutuan
    Peti Surat 6000
    Jalan Sultan Ismail
    20720 Kuala Terengganu
    TERENGGANU

    Yang Amat Berhormat Dato' Ahmad bin Said ( D.P.M.T., A.S.M., P.J.K. )
    MENTERI BESAR TERENGGANU
    Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 20502 Kuala Terengganu

    Y.BHG. DATUK DR ZULKEFLI BIN A. HASSAN
    Ketua Setiausaha
    Pejabat Ketua Setiausaha
    Aras 6 Blok E3 Parcele
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62505 PUTRA JAYA

    Pengarah
    Biro Pengaduan Awam
    Tingkat 2, Wisma MAIDAM,
    Jalan Banggol,
    20100 Kuala Terengganu.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.
  1. This comment has been removed by the author.
  1. vcudm says:

    merujuk kepada surat di ( http://mampat.blogspot.com/2009/02/salah-laku-pihak-pengurusan-ipt.html ) memang benar pada semester ini terdapat kemasukan seorang pelajar baru, iaitu anak saudara kepada naib cancelor udm sendiri dan dia adalah satu-satunya pelajar yang didaftarkan pada semester ini. jika benar anak saudaranya tidak mempunyai sijil muet dan sijil matrikulasi atau diploma seperti yang dinyatakan, sudah terang dan jelas ia adalah berlaku atas arahan naib cancelor sendiri.

    untuk tambahan, terdapat juga pensyarah yang cemerlang tetapi diberhentikan kerana membantah hasrat naib cancelor untuk membina sebuah padang golf yang bagi saya dan ramai pelajar udm lain tidak begitu diperlukan. Pensyarah tersebut berpendapat adalah lebih baik sekiranya projek padang golf itu digantikan dengan projek ladang dan ternakan bagi Fakulti Pertanian dan Bioteknologi. Belum pun sempat berbuat apa-apa, beliau telah menerima surat tamat kontrak walhal kursus yang diperkenalkan hasil penat lelah beliau baru berusia 1 semester dan udm sendiri tiada sesiapa yang layak mengantikan tempat beliau. Kreadibiliti beliau terselah apabila sebaik menerima surat tamat kontrak tersebut, beliau telah ditawarkan jawatan pesyarah di sebuah ipt lain. Ini adalah satu kerugian pada udm sendiri kerana mempunyai naib cancelor yang hanya mahukan sesuatu itu berlaku mengikut kehendaknya tanpa memikirkan kesan dan akibat kepada pelajar dan kakitangan udm sendiri.

    Selain itu, saya masih ingat janji-janji manis naib cancelor yang mengatakan bahawa penghujung tahun 2008, udm akan sepenuhnya menggunakan capian tanpa wayar di kampusnya. Tatapi sehingga sekarang tidak sampai 1/3 keluasan kampus yang mempunyai capaian tersebut. Ini amatlah menyasahkan memandangkan internet adalah antara sumber utama kami mencari bahan rujukan untuk membuat tugasan dan menambahkan ilmu selain dari belajar di perpustakaan. Pada hemat saya juga, penggunaan capaian tanpa wayar adalah kurang sesuai (walaupun ramai yang mungkin takjub bila mendengar capaian tanpa wayar), ini kerana sambungan adalah kurang stabil dan sering terputus-putus. Adalah lebih sesuai jika digunakan sambungan wayar LAN.

    Begitu juga apabila beliau berjanji untuk mengurangkan bayaran kursus pelajar-pelajar yang tinggal di asrama maidam yang terpaksa dipindahkan ke asrama kampus kusza dengan notis 2-3 hari sebelum pemindahan. Apa yang saya lihat, pelajar masih membayar jumlah yuran yang sama tetapi dengan udm mengurangkan sewa asrama dan menaikkan yuran pengangkutan.

    Saya juga ada diberitahu bahawa, mulai semester hadapan, yuran asrama akan dinaikkan berbanding pada rm500 satu semester seorang sekarang. Tidakkah jumlah rm500 itu melampau? Yuran asrama di ipt swasta lebih murah atau sama dengan kadar yuran yang dikenakan kepada pelajar udm. Sepatutnya, sebagai ipt awam, kadar yuran hendaklah lebih rendah. Ini ditambah pula dengan ketiadaan ‘water cooler’, mesin basuh, langsir dan beberapa keperluan lain. Aduan yang dibuat mengenai kerosakan di asrama seperti tidak dipedulikan. Tiada yang dating membuat pembaikan. ‘flush’ masih rosak, tandas tersumbat, ketiadaan kunci lamari/meja/bilik/rumah.

    Untuk rekod, banyak lagi salah laku dan perbuatan naib cancelor yang boleh dipersoalkan. Pelajar dan kakitangan udm lebih mengetahuinya. Sebagai contoh, naib cancelor sendiri mengeluarkan arahan supaya bas yang membawa pelajar dari udm kampus kusza ke kampus kota supaya diletakkan di bawah jejambat tidak kira hari hujan, panas ataupun malam. Bayangkan dalam hujan yang lebat, pelajar terpaksa berjalan kira-kira 50 meter untuk menaiki bas untuk pulang ke kampus kusza ataupun seperti pagi ini, pelajar terpaksa berjalan dalam hujan apabila turun dari bas untuk ke kampus kota. Apabila komen naib cancelor diminta, beliau mengatakan bahawa beliau tidak peduli akan kebajikan pelajar udm.

    Naib cancelor juga menjawab dengan kasar, biadap dan tidak bertanggungjawab apbila pelajar bertanyakan sesuatu.

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT