• ISU PPSMI - MAMPAT AKAN MEMBERIKAN KOMITMEN UNTUK BERSAMA MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU DIDALAM PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS



    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) merupakan sebuah NGO yang memperjuangkan hak & maruah Rakyat Terengganu. Sebagai sebuah badan NGO yang menjiwai hak Rakyat Terengganu, MAMPAT dengan ini menyatak pendirian untuk bersama dengan mana-mana badan yang memperjuangkan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantas kepada semua matapelajaran yang diajar kecuali Bahasa Inggeris. Perkara ini dibuat di atas beberapa faktor yang akan dinyatakan di bawah. MAMPAT memperjuangkan hak Rakyat Terengganu khususnya di kawasan Hulu kerana disebabkan Bahasa Inggeris, Banyak sekolah gagal memperolehi kecemerlangan didalam UPSR. Betul, keputusan Bahasa Inggeris agak baik, tetapi ramai pelajar yang gagal mendapat A didalam matapelajaran Sains dan Matematik. Persoalannya kenapa dan apa jalan penyelesaiannya ??? Insyallah, juga akan kami nyatakan di bawah nanti.

    Kenapa MAMPAT tetap memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar ?

    1. Menurut kajian, Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ke 12 terbaik di dunia. Jadi tiada sebab yang logik untuk tidak menggunakan Bahasa yang telah diiktiraf.

    2. Kajian dan sejarah juga menunjukkan kebanyakan Negara yang berjaya adalah negara yang mempunyai Jati Diri yang kukuh seperti Jepun, Jerman dan banyak lagi negara. Mereka belajar Bahasa In ggeris tetapi kekal menggunakan Bahasa Ibunda masing-masing di dalam urusan harian terutama di dalam pengajaran dan pembelajaran.

    3. Bahasa adalah suatu kemahiran yang hanya boleh diperolehi apabila ianya dijadikan Bahasa Komuniklasi harian, bukan sekadar semasa di dalam kelas. Persoalannya mampukah ibu bapa pelajar-pelajar di Hulu Terengganu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan anak-anak mereka ? Jawapannya ...tidak.

    4. Pengalaman kami juga menyatakan sedemikian. Kemudahfahaman pelajar terhadap tujuan pengajaran khususnya Sains agak terhad. Bagaimana untuk mengadaptasikannya pula di dalam kehidupan. Sebagai contoh, pokok kaembong dalam Bahasa Inggeris dipanggil apa ? Mungkin ada dikalangan yang membaca artikel ini tidak tahu maknanya. Kalau cari dalam kamus internet pun sangat susah mendapatkan terjemahannya. Pokok kaembong di dalam bahasa Inggeris adalah samada balsam atau balsom.




    5. Pelajar-pelajar semakin kurang mampu untuk menguasai Bahasa Melayu itu sendiri. Semakin ramai pelajar yang tidak mampu mengeja dengan betul di dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, pelajar Tingkatan 4 menjawab soalan Kimia. Apabila menjawab soalan dibenarkan di dalam 2 bahasa, pelajar lebih memilih menjawab didalam Bahasa Melayu terutama pelajar di luar bandar. Namun yang menjadikan masalah adalah, jawapan kepada soalan dibuat didalam Bahasa Melayu tetapi ejaan di dalam Bahasa Inggeris. Maka jadilah klorin dieja sebagai chlorine.....

    6. Kita juga tahu banyak Universiti diluar negara yang mengajar Bahasa Melayu sebagai matapelajaran pilihan ( subjek electif). Ini juga memberikan peluang kepada orang Melayu untuk mengajar di Universiti luar negara.

    7. Khuatir, suatu masa nanti Bahasa Melayu akan pupus dan semakin tidak digunakan sepertimana nasib Jawi



    8. Banyak lagi... nantilah kalau sempat.... akan sambung lagi.....

    Cadangan kami adalah.....

    1. Kementerian kena kaji semula keberkesanan matapelajaran Bahasa Inggeris, silibus dan pengajaran. Perkukuhkan matapelajaran bahasa Inggeris. Memang tak dinafikan perlaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeri meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris, tetapi tidak matapelajaran lain.



    2. Kekalkan pengajaran di dalam Bahasa Melayu. Kami juga dulu mendapat pendidikan Sains dan Matematik di dalam Bahasa Melayu bahkan sehingga ke Universiti pun kami menggunakan Bahasa Melayu didalam pembelajaran kami. Kami tetap berjaya. Ini adalah kerana apabila telah berada di peringkat Universiti, kami "panjang langkah" untuk menyelesaikan masalah buku rujukan di dalam Bahasa Inggeris. Sebahagian daripada kami juga sedang menyambung pengajian di luar negara. Walaupun kami terpaksa menggunakan rujukan di dalam Bahasa Inggeris.... tetapi kami tetap boleh meneruskan kesinambungan pembelajaran kami.

    3. Perkukuhkan penterjemahan buku-buku rujukan daripada Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia seperti mana yan gdilakukan oleh Negara-negara yang mempunyai jati diri tadi.

    Di sini juga saya sertakan lampiran untuk rujukan Kenapa Pencinta Bahasa Melayu menentang PPSMI ini.

    http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf

1 comments:

  1. 1. "Menurut kajian, Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ke 12 terbaik di dunia."

    - Bukan kah kenyataan ini sedikit bodoh? Mana ada bahasa dalam dunia ini boleh dikatakan baik/lebih baik/terbaik/tak baik? Paling-paling pun, boleh dikatakan "paling banyak dituturkan" atau paling banyak perkataan dan seumpamanya. Sila rujuk *barisan-pangkat yang saya ambil dari **antarajaring http://www.photius.com/rankings/languages2.html yang menunjukkan TIADA bahasa melayu dalam 50 barisan-pangkat bahasa-bahasa yang paling luas pertuturannya di atas muka bumi ini. Nombor 12 ialah javanese ataupun bahasa jawa dalam cakap kita. Bahasa jawa dan bahasa melayu memang sah tak sama langsung. Perhatikan bahasa paling banyak dituturkan ialah bahasa mandarin. Bahasa jepun dan jerman juga termasuk dalam barisan-pangkat 10 teratas. Yang menariknya, negara Malaysia tersenarai sebagai pengguna dalam dua bahasa teratas dan beberapa bahasa lain juga.

    "Jadi tiada sebab yang ***logik untuk tidak menggunakan Bahasa yang telah diiktiraf."

    -Sila jangan memandai-mandai nak menegakkan bahasa melayu tetapi dengan selamba menggunakan perkataan bahasa inggeris cuma ejaan sahaja ditukar. Kata nak ada jati diri, sudahlah.

    *barisan-pangkat = ranking
    **antarajaring = internet
    ***logik = masuk akal
    (terjemahan sendiri - tiada dalam kamus dewan, sila jangan melenting)

    2. Setuju dengan isi nombor 2, tapi sila fikirkan dengan teliti.. sebab saya rasa isi ini adalah untuk orang yang menyokong PPSMI. Semua kemarahan menentang PPSMI ini bukan soal bahasa, soal tak cukup jati diri. Kerana tak cukup jati diri maka.. marah. Daripada sibuk bertelagah soal bahasa apa nak pakai dalam pengajaran sains dan matematik baik lah sibuk bina jati diri. Salah satu cara membina jati diri ialah pandai sains dan matematik. Bina lah jati diri masing-masing supaya menjadi bangsa yang berilmu, berkemampuan dan macam-macam lagi supaya tak kalut-malut pasal bahasa pengantaraan. Kawan saya Cristiano Ronaldo (seorang portugis jati) tak tahu sepatah haram pun bahasa inggeris tapi dek kerana hebatnya dia bermain bola, boleh dia menjadi pemain terbaik liga inggeris tahun lepas. Tapi kalau dah kaki bangku, main bola di kampung sendiri pun belum tentu menang walaupun semua orang bercakap bahasa melayu.

    *kali terakhir Malaysia cemerlang main bola ialah layak ke olimpik 1980, di bawah Karl-Heinz Weigang. Tak tahu lah weigang mengajar anak buahnya masa itu dalam bahasa apa sebab beberapa tahun dahulu dia hanya bercakap bahasa inggeris bila ditemu-ramah, mungkin dulu dia lebih fasih berbahasa melayu, semakin lama duduk di Malaysia semakin pandai bercakap inggeris agaknya.

    3. "Bahasa adalah suatu kemahiran yang hanya boleh diperolehi apabila ianya dijadikan Bahasa Komunikasi harian, bukan sekadar semasa di dalam kelas. Persoalannya mampukah ibu bapa pelajar-pelajar di Hulu Terengganu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan anak-anak mereka ? Jawapannya ...tidak.."

    -SEKALI LAGI, kalau hebat sangat berbahasa melayu, jangan memandai-mandai berbahasa inggeris tetapi diejamelayukan.

    -Orang hulu terengganu memang bercakap dan berhubung antara satu sama lain dengan bahasa hulu terengganu. Ini semua bukan masalah cikgu sains dan matematik mengajar dalam bahasa apa, ini adalah masalah anda semua pakar-pakar bahasa melayu mengajar masyarakat (tak kira di hulu terengganu atau di celah rimba mana) menggunakan bahasa yang betul. Sila jangan tempiaskan kelemahan sendiri kepada orang lain. Masalah ini di panggil masalah jati diri yang lemah (sila rujuk diatas). Jadi sila buat GERAKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MENDIDIK RAKYAT MALAYSIA BERCAKAP BAHASA MELAYU YANG BETUL (GBMRMBBMYB) yang berkesan. Bila masyarakat mengtuturi bahasa melayu yang baik, kita semua akan ada jati diri yang kuat, maka tak kisahlah belajar sains dan matematik dalam bahasa apa. Ingin juga saya ingatkan, isi nombor 3 ini ialah isi untuk menyokong PPSMI, bukan menentang. Mungkin bahasa sahaja cantik tapi kalau isi tunggang langgang, hujah itu dipanggil hujah yang tidak bernas. (Orang yang berhujah tanpa isi yang bernas biasanya dipanggil "tong kosong". Tong kosong ini biasanya tiada jati diri)

    *sains dan matematik juga adalah perkataan inggeris yang diejamelayukan

    4. "Pengalaman kami juga menyatakan sedemikian. Kemudahfahaman pelajar terhadap tujuan pengajaran khususnya Sains agak terhad. Bagaimana untuk mengadaptasikannya pula di dalam kehidupan. Sebagai contoh, pokok kaembong dalam Bahasa Inggeris dipanggil apa ? Mungkin ada dikalangan yang membaca artikel ini tidak tahu maknanya. Kalau cari dalam kamus internet pun sangat susah mendapatkan terjemahannya. Pokok kaembong di dalam bahasa Inggeris adalah samada balsam atau balsom."

    -No Comment, Thank you.

    5. Mansuhkan pilihan untuk menjawab dalam bahasa melayu. Kalau dah belajar dalam bahasa inggeris jawab lah dalam bahasa inggeris.

    6. Tiada kena mengena dengan belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Kalau fasih dan dapat A dalam matapelajaran Bahasa Melayu di peringkat yang sesuai maka layak lah mengajar.

    7. Kalau khuatir, sila lancarkan GBMRMBBMYB (sila lihat isi nombor 3).

    8. Banyak isi yang boleh di utarakan bagi menyokong pelajaran sains dan matematik di buat dalam bahasa inggeris. Tapi kali ini saya hanya mahu mencabar hujah-hujah mereka yang mahukan PPSMI di batalkan atas sebab ingin melihat sejauh mana kekukuhan perjuangan mereka. Kalau tersinggung, minta maaf. Saya cuba sedaya upaya menggunakan bahasa melayu sepenuhnya tanpa perkataan inggeris yang diejamelayukan. Kalau tak, lebih baik guna bahasa inggeris sahaja.

    Terima kasih daun keladi.

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT