• FOR YOU PALESTIN



    ” Perangilah mereka habis - habisan, pasti Allah mengenakan
    azabNya terhadap mereka dengan tangan - tangan kamu dan menghinakan mereka, lalu Allah memenangkan kamu ke atas mereka dan mengubati dada kaum yang beriman dan menghilangkan kemarahan di hati mereka ( terhadap kejahatan musuh Allah ) dan Allah menerima taubat sesiapa yang Dia kehendaki. Allahlah Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.” - at Taubah: 14-15.

    “Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci”[ As-Shaff : ayat 8 ]
    Peristiwa Gaza adalah sebahagian daripada proses tarbiyah yang perlu dilalui dalam membangunkan kembali generasi muslim ini. Terlalu banyak cahaya dan petunjuk daripada peristiwa ini untuk kita dan mereka yang memiliki mata hati. Beramallah wahai saudaraku kerana tidak rugi untuk menapak jalan ini.

    Sebuah kisah yang boleh penulis kongsikan bersama para pembaca. Kisah ini diceritakan oleh seorang peserta di dalam Program TOT Aman Palestin di Seremban pada 1 Februari yang lalu. Beliau menceritakan tentang jiwa seorang anak kecil di Gaza apabila diajukan soalan tentang kehilangan sebelah kakinya sewaktu serangan Gaza baru-baru ini. Kanak-kanak tersebut menjawab dengan penuh keyakinan dan perasaan izzahnya terhadap Islam.

    “Sebelah kakiku telah pun berada di dalam syurga, badanku akan menyusul kemudian”

    Allahu Akbar.. Tidak sedikit pun rasa penyesalan yang lahir dari ungkapan anak kecil tu.. Malah yakin dan mendokong fikrah ini… Ingin mati syahid seperti ribuan syuhada yang gugur di tanah suci ini.

    Ayuh wahai pemuda, marilah kita kembali kepada deen yang benar ini.. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk memahami kembali deen Allah ini.. Marilah kita memperbaiki kembali kefahaman kita dengan tasawur Islam yang jelas dan beramal di atas jalannya.. Antum Ruhul Jadid Tasri Fi Jasmi Ummah
    Wallahu’alam
    Abu Balqis

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT