• Terengganu bakal terima royalti minyak RM3 bilion : Utusan

    KUALA TERENGGANU 8 Okt. - Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak kira-kira RM3 bilion secara terus daripada Petronas bagi hasil pengeluaran tahun depan jika harga bahan mentah itu kekal pada paras sekarang.

    Jumlah itu berdasarkan royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di negeri itu oleh Petronas.

    Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata, telaga minyak Terengganu menghasilkan minyak kualiti premium jenis Sweet Crude pada harga melebihi AS$100 atau lebih RM349 setong.

    Beliau memberitahu, bayaran wang royalti itu akan diterima secara terus daripada Petronas dua kali setahun bermula Mac tahun depan.

    ''Royalti untuk pengeluaran minyak Terengganu tahun ini telah dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kita cuba dapatkan bayaran secara terus daripada Petronas bermula Mac tahun depan.

    ''Mengikut amalan, pembayaran royalti minyak dibuat dua kali setahun iaitu suku pertama pengeluaran pada Mac, manakala suku kedua pada September setiap tahun," katanya ketika ditemui selepas sambutan Aidilfitri Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini hari ini.

    Menurutnya, pengurusan dan perancangan perbelanjaan kesemua wang royalti termasuk yang akan dibayar balik oleh Kerajaan Persekutuan akhir tahun ini bakal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

    Katanya, sebahagian besar wang wang royalti minyak itu akan digunakan untuk tujuan pengurusan dan pembangunan negeri selain disimpan dalam simpanan tetap.

    Jelasnya, pada masa ini, pihaknya sedang mendapatkan cadangan daripada jabatan-jabatan negeri untuk bajet tahun depan.

    ''Jika semuanya berjalan lancar, semua jabatan akan mendapat peruntukan yang lebih tahun depan, tetapi tidaklah sehingga boleh bermewah-mewah dan membazir," ujarnya.

    Beliau memberitahu, bajet berkenaan akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Disember ini untuk kelulusan.

    Jelasnya, harga setong minyak jenis Sweet Crude dari telaga minyak Terengganu adalah tinggi kerana kandungan sulfur yang rendah dan sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan.

2 comments:

  1. roslan_o says:

    Syabas MAMPAT kerana berusaha untuk mendapatkan smula pengurusan dan RM royalti ini agar di salur terus kepada negeri.

    Di harap agar RM yang akan di bawa masuk akan di belanjakan sewajarnya untuk pembangunan rakyat dan negeri. ( Fasa ke 2 )

    Terima kasih.

    roslan .
    my-localagenda.com

  1. roslisalem says:

    kase rombe rekek daa..

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT