• MAMPAT membela nasib Fakir dan Miskin

    MAMPAT melangkah setapak lagi kehadapan dengan melakukan program-program kebajikan membantu fakir, miskin dan anak yatim yang memerlukan bantuan. Seramai lebih dari 80 orang fakir, miskin dan anak yatim telah menerima bantuan berupa makanan dan kelengkapan untuk menyambut aidlifitri.

    Majlis tersebut berlangsung di Bilik latihan Gemilang (BiLanG), Pejabat Pusat Tahfiz Gemilang (PTG) di Taman Desa Pusu 3, Gong Badak pada hari Rabu, 24 Ramadhan 1429H bersamaan 24 september 2008. Seramai kira-kira 80 orang menerima sumbangan. Penerima sumbangan terdiri daripada ialah fakir dan miskin di sekitar Kuala Nerus.
    Pemilihan adalah berdasarkan kelayakan yang tertentu. Mereka dipilih berdasarkan borang permohonan yang telah dihantar kepada pihak MAMPAT.

    Majlis dimulakan dengan Tazkirah yang telah dibuat oleh oleh Ybhg Ustaz Abu Bakar, Pengerusi Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Terengganu (Yakep). Antara lain beliau menyatakan rasa gembira kerana masih ada NGO yang sanggup untuk menolong orang yang memerlukan seperti fakir, miskin dan anak yatim. Beliau berharap agar MAMPAT meneruskan aktiviti sebegini dan menjadi inspirasi kepada pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan yang lain untuk mengikut jejak langkahnya.

    Tidak lengkap jika majlis tidak dipenuhi dengan ucapan Perasmian oleh Pengerusi MAMPAT - Cikgu Fauzi. Beliau amat berbesar hati untuk menolong orang yang memerlukan. Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada individu-individu yang memberi sumbangan yang berupa wang dan juga barangan.

    Barangan yang berbentuk hamper yang diberi adalah sumbangan daripada orang ramai. MAMPAT berperanan sebagai untuk mengumpulkan dan mengagihkan kepada yang betul-betul layak menerima.

    Beliau juga kecewa kerana ada aduan daripada orang ramai menyatakan bahawa mereka tidak dapat bantuan hari raya tahun ini sedangkan mereka telah dapat sebelum ini. Apabila perkara sebegini berlaku menyebabkan kita (MAMPAT) sangsi dengan ketelusan pihak pengurusan bantuan hari raya.

    Oleh itu MAMPAT mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang tidak dapat bantuan tersebut. Dengan pemberian yang tidak seberapa itu dapat meringankan beban yang ditanggung.

    MAMPAT akan meneruskan lagi program sebegini kearah untuk berjasa kepada rakyat Terengganu.

1 comments:

  1. roslisalem says:

    tahniah abg poji ..walaupun dirimu lama tak ku temu, namun perut roy mu tetap menjadi pojaan hati ku ..

    he he he ..selamat Idulfitri .. selamat meMAMPATkan perut ..

    tak tahu la bila pulak nak ke KT..

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT