• SEPTEMBER 2008 : MANA WANG ROYALTI?

    MAMPAT, 25 Sept- Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah telah mengumumkan untuk mengembalikan wang royalti petroleum Petronas kepada Kerajaan Negeri Terengganu pada majlis yang diadakan di Terengganu pada 14 Jun 2008 sama dengan berlangsungnya Konvensyen Royalti Petroleum.

    Pada majlis tersebut PM telah mengisytiharkan untuk mengembalikan wang royalti tersebut pada September 2008. Sekarang dah nak habis bulan September tetapi tiada khabar berita tentang wang tersebut akan dikembalikan dalam masa terdekat.

    MAMPAT optimis wang tersebut tidak akan dikembalikan tahun ini. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi apabila delegasi MAMPAT yang mengadap YDPA Tuanku Sultan Mizan diberitahu bahawa wang tersebut akan dikembalikan paling awal pun Januari kalau tidak April tahun depan. YDPA menyokong baik tindakan yang dilakukan oleh MAMPAT memperjuangkan hak dan maruah rakyat Terengganu iaitu menuntut balik wang royalti daripada kerajaan pusat.

    Hasil daripada pertemuan tersebut MAMPAT akan menyambung kembali kempen mengutip 100 ribu tandatangan daripada rakyat Terengganu menyokong wang royalti dikembalikan.
    Kempen ini berhenti seketika setelah PM mengumumkan akan mengembalikan wang royalti Jun lalu.

    MAMPAT juga ingin memohon sumbangan orang ramai untuk menampung kos aktiviti untuk berkempen. MAMPAT tidak mampu untuk bergerak tanpa daripada bantuan orang ramai. MAMPAT juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan kempen.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT