• Kenyataan Media Pasca Mengadap YDPA

    Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.


    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) pada hari Selasa (semalam) bersamaan 16 September 2008 sangat berbesar hati diatas kesudian SPB Yang Di-Pertuan Agong AL-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud untuk menerima mengadap MAMPAT untuk merafak sembah rintihan dan harapan Rakyat Terengganu khususnya dan Rakyat Malaysia Amnya.

    Tujuan utama MAMPAT mengadap SPB Yang Di-Pertuan Agong adalah untuk menpersembahkan hasil kehendak dan harapan Rakyat Terengganu melalui Resolusi
    Konvensyen Royalti Petroleum yang telah dianjurkan oleh MAMPAT pada 14 Jun 2008 yang lalu. Sebanyak 5 penegasan telah dibuat .

    Diantara Penegasan yang dibuat pada Konvensyen tersebut adalah ;

    1. Royalti Petroleum adalah Hak Rakyat Terengganu dan mestilah dipulangkan kembali berasaskan kepada segala fakta sejarah dan undang-undang
    2. Perjuangan untuk mendapatkan kembali Royalti Minyak adalah PERJUANGAN RAKYAT tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.
    3. Kegagalan menyerahkan Royalti adalah satu pencabulan kepada semangat federalisma.

    Sebanyak 4 Tuntutan telah dibuat oleh Peserta Konvensyen Royalti , di antaranya adalah ;

    1. Menuntut Kerajaan Pusat untuk mengembalikan semula royalti yang telah dinafikan sebanyak 5 % dalam kadar yang segera
    2. Menuntut supaya dinaikkan peratus Royalti kepada Negeri Terengganu sebanyak 20 % sehinggalah hilang status sebagai negeri termiskin di Semenanjung Malaysia.

    MAMPAT juga memutuskan untuk turut menyampaikan Resolusi Konvensyen kepada 9 Institusi lain selain daripada SPB Yang Di-Pertuan Agong. Dalam tempoh
    terdekat, MAMPAT akan memohon membuat temujanji untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Majlis Penasihat Pemangku Raja dan Menteri Besar untuk menyampaikan
    salinan Memorandum Rakyat sepertimana yang disampaikan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

    Pertemuan telah berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana yang amat mesra. 4 orang Ahli Majlis MAMPAT telah bersama di dalam Majlis Pertemuan ini. Perbincangan bermula pada kira-kira jam 11.30 am dan berakhir pada jam 12.05 tghr.

    MAMPAT mendapat maklumat dan difahamkan bahawa JANJI-JANJI PM untuk menyalurkan Wang Royalti pada minggu pertama September 2008 adalah suatu PEMBOHONGAN
    di mana sehingga Kerajaan Negeri masih lagi tidak mendapat sebarang bayaran seperti mana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

    Hasil pertemuan ini, MAMPAT beriltizam akan meneruskan perjuangan untuk memastikan Wang Royalti akan dikembalikan kepada Kerajaan Terengganu secepat mungkin sepertimana janji pertama Perdana Menteri. MAMPAT akan meneruskan ’"KEMPEN Mendapatkan Tandatangan Sebanyak 100 00 ” sebagai tanda sokongan.


    Sekian, wassalam.




    ”Terengganu Kita, Hok Kita ”
    ”Kembalikan Hak Dan Maruah Rakyat Terengganu ”




    Mohamad Fauzi bin Abu Samah
    Pengerusi
    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu
    (MAMPAT)
    http://mampat.blogspot.com
    mamp4t@gmail.com

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT