• SURAT UNTUK KPDN

    Pengarah

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
    dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu,
    Tingkat 4, Wisma Persekutuan,
    20200 KUALA TERENGGANU,
    TERENGGANU.

    MEMOHON PENJELASAN MENGAPA MENGENAI PERUNTUKAN BERAS HANCUR 15 % DI NEGERI TERENGGANU

    Perkara di atas adalah dirujuk. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) memohon penjelasan daripada pihak Tuan mengenai kedudukan Beras Hancur 15 % di negeri Terengganu.

    2. Mampat banyak menerima aduan daripada rakyat di negeri ini menyatakan bahawa beras hancur 15 % sangat sukar diperolehi, kalau ada pun dalam jumlah yang sangat terhad. Ini menyebabkan kesusahan kepada rakyat jelata untuk mendapatkan beras yang mampu dibeli.

    3. Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjuang untuk kesejahteraan Rakyat Malaysia khususnya di negeri Terengganu, MAMPAT rasa adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Tuan mengenai kedudukan ini.

    4. MAMPAT juga merayu kepada pihak Tuan agar suatu tindakan sewajarnya diambil untuk memastikan supaya budget beras hancur 15% untuk negeri Terengganu di tambah bagi membantu Rakyat Terengganu. Untuk makluman pihak Tuan, Terengganu adalah negeri TERMISKIN di Semenanjung Malaysia.

    “ BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU RAKYAT TERENGGANU ”

    Yang menjalankan amanah,

    (MOHAMAD FAUZI BIN ABU SAMAH)

    Pengerusi

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).

    s.k - YAM Tengku Sri Paduka Raja (Penaung MAMPAT)

    - Penasihat MAMPAT

    - Wartawan

    - Fail

1 comments:

  1. roslisalem says:

    tak dapat beras hancur 15% ??

    fuhhh..maknya orang tganu makan beras hacur 5% ke ? ..caya la .. standard faiza basmati ke ?

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT