• Pengasingan Mampu Tingkat Hasil Petani

    MAMPAT percaya pengasingan sumbangan sektor pertanian daripada komoditi seperti yang diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berupaya meningkatkan hasil pertanian negara ke tahap yang lebih baik.

    Pengasingan itu juga dijangka akan membantu meningkatkan hasil pendapatan para petani secara tidak langsung apabila tumpuan untuk meningkatkan hasil pertanian negara lebih diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

    Kita sokong arahan PM kerana ini akan membantu meningkatkan taraf hidup golongan petani yang selama ini ramai termasuk dalam kategori miskin dan berpendapatan rendah. Jika pengasingan ini dilakukan bersungguh-sungguh, usaha ini akan membantu mengubah taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik.

    Golongan tersebut juga boleh dianggap tenaga mahir kerana telah berpuluh- puluh tahun menekuni bidang tersebut.

    Apa yang perlu dilakukan kerajaan ialah membantu mereka menggunakan teknologi supaya hasil pertanian dan pendapatan mereka ditingkatkan.

    Setiap petani perlu tahu menggunakan teknologi selain berilmu pengetahuan agar mereka tidak lagi berada ditakuk yang lama, sebaliknya berusaha memajukan diri sendiri.

    Pada masa sekarang, pengesyoran untuk mengasingkan hasil pertanian daripada komoditi adalah bertepatan untuk membantu meningkatkan sektor tersebut. Petani dan pegawai jabatan terbabit perlu berkerjasama dan berusaha untuk meningkatkan mutu dan kualiti tanaman.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT