• Tahniah Kepada MB

    MAMPAT ingin merakankan ucapan TAHNIAH kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said kerana dengan beraninya telah meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk melakukan siasatan keatas projek Taman Tamadun Islam (TTI) dan Monsun Cup. Rakyat telah sedia maklum bahawa Taman Tamadun Islam (TTI) telah dibina semasa zaman pemerintahan Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar dan menelan belanjamelebihi RM 200 juta. Manakala kos untuk membina prasarana dan mengadakan sukan air Monsoon Cup menelan belanja lebih dari RM 300 juta setahun.

    Perbelanjaan yang begitu besar yang dikeluarkan TANPA AUDIT telah menyebabkan rakyat berasa ragu-ragu dan sangsi dengan pentadbiran kerajaan negeri. Adakah memang betul kos projek tersebut sedemikian atau berlakunya penyelewengan dan kebocoran ?

    MAMPAT sangat berharap agar MB betul-betul komited membantu pihak BPR untuk melakukan siasatan terhadap kes ini dan bukan hanya sekadar gimik politik untuk meraih sokongan pihak tertentu. MAMPAT sentiasa bersama dan menyokong tindakan Dato' MB di dalam kes ini.

    Kita berharap agar Dato' MB memberi kerjasama kepada BPR dengan memberi dokumen-dokumen tertentu bagi melicinkan lagi siasatan BPR.

    MAMPAT sangat-sangat bersedia membantu sekiranya Dato' MB dan BPR memerlukan bantuan. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi sumbangan kepada rakyat Terengganu bagi memastikan setiap sen duit Rakyat Terengganu tidak disalahgunakan dan diselewengkan. Kami sentiasa menunggu keputusan yang positif daripada MB dan juga BPR.

    MAMPAT juga amat berharap, hasil siasatan dapat dimaklumkan kepada UMUM. Kami tidak mahu siasatan sekadar siasatan yang tidak mendatangkan hasil. Segerakan pendakwaan sekiranya terdapat bukti-bukti penyelewengan.

    MAMPAT juga optimis BPR akan menjalankan siasatan dengan tulus, namun MAMPAT memohon Peguam Negara akan menyegerakan pendakwaan. Kes kehilangan RM 3 Billion Wang Royalti masih menjadi Misteri Nusantara !!!. Kes penghinaan Tuanku Sultan Mizan juga masih menjadi tanda tanya. Mungkin pertanyaan ini akan menyakiti hati AG, tapi MAMPAT Komited utk memastikan mereka yang menghina Sultan kami mesti dihukum. AG buat kerja ke dok? atau sekadar makan duit rakyat sahaja........

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT