• Sokong rebat tunai kepada RM 1000

    Rebat tunai yang dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian bagi tujuan meringankan beban berikuatan kenaikan harga minyak semenjak 14 Jun lalu sehingga kini belum menampakkan kesan dalam membantu rakyat, terutama golongan miskin secara keseluruhan.

    Sememangnya wajar bagi pihak kerajaan menimbang secara serius saranan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di dewan rakyat yang meminta kerajaan menaikkan jumlah rebat kepada RM 1000.

    Jika kerajaan bersetuju menaikkam nilai rebat, ia langkah yang amat baik dan perlu dilaksanakan denagn segera.

    Pihak kerajaan seharusnya menimbang perkara ini daripada pelbagai aspek yang berkaitan dengan hak pengguna, kami juga berharap dalam apa-apa perlaksanaan, kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat melebihi perkara lain.

    Terdapat tiga kelompok masyarakat yang melalui keadaan berbeza kesan kenaikkan harga minyak di negara ini iaitu orang miskin, pertengahan dan golongan kaya.

    Daripada ketiga-tiga kumpulan ini, orang miskinlah yang paling merasai kesan kenaikkan harga minyak dan barangan berikutan pendapatan mereka terhad serta perlu diagihkan kepada kepentingan lain.

    Sementara bagi golongan kaya pula, semahal mana sekalipun harga minyak atau sesuatu barangan, mereka masih mampu membelinya kerana pendapatan mereka banyak.

    Golongan kaya mempunyai pelbagai sumber, jadi tidak begitu kisah untuk berbelanja.

    Sememangnya kerajaan perlu menstrukturkan semula kadar cukai pendapatan bagi golongan berpendapatan tinggi sebagai pendekatan yang lebih berkesan untuk menangani isu ini.

    -Pengerusi MAMPAT

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT