• MERCEDES E200 : JANGAN BERMEWAH KETIKA RAKYAT SUSAH - MAMPAT.

    Isu pembelian kereta Mercedes E200 telah dilontarkan kepada MAMPAT. Perbagai persoalan dilontarkan kepada MAMPAT dan diminta untuk dijawab. Berikut adalah komen dari MAMPAT berkaitan isu berkenaan.

    MAMPAT berpendapat tidak salah Kerajaan Negeri hendak membeli kereta Mercedes baru sekiranya pembelian tersebut mampu menjimatkan kos penyelenggaraan dan bertujuan perjalanan jauh. Walaubagaimanapun terdapat beberapa persolan yang perlu dijawab oleh Kerajaan Negeri pimpinan Dato’ Ahmad Said iaitu;

    1. Masa pembelian. Sesuai ke pembelian tersebut dibuat, sedangkan rakyat negeri pimpinan Dato’ berada di dalam kesusahan dan keperitan akibat daripada kenaikan harga petrol & harga barang. Untuk makluman Dato’, di negeri Terengganu kita sekarang, MAMPAT kembali dapat melihat rakyat susah kini membeli beras ikut ‘kilo’ dan bukan ikut supit. Dato’ sepatutnya menolong dan membantu rakyat miskin berbanding dengan membeli Mercedes baru.

    2. Penjimatan ?. Buktikan kepada rakyat dengan membeli Mercedes E200, Kerajaan negeri berjaya membuat penjimatan, berapa ribu yang boleh dijimatkan ? Semua orang boleh memberi alasan sedemikian untuk mempertahankan hujah dan alasan mereka tetapi sejauh mana alasan tersebut benar, perlu Dato’ buktikan. Walaubagaimanapun, persoalan yang timbul, “ ganas sangat ke Exco Toh Chin Yaw ?” kerana dalam tempoh 2 tahun kereta Perdana V6 beliau terpaksa di baiki sehingga menelan kos RM 50 000. Rakyat hendak tahu apa yang dibaiki sehingga menelan belanja sebanyak RM 50 000. menunjukkan pembaikan yang dibuat seolah-olah berlakunya kerosakan ‘major’. Soalan rakyat kepada Dato’ “ terok/haprak sangat ke hasil produk buatan Malaysia ?. Dato’ sendiri seolah-olah mengiktiraf bahawa barangan buatan Malaysia adalah barangan yang “hampas” dan tak layak untuk masuk kepasaran.

    3. Rakyat Terengganu khususnya sangat berbangga kerana hanya Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Dato’ sahaja yang menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib untuk mengubah gaya hidup untuk menghadapi zaman kenaikan harga barang. Namun rakyat tertanya-tanya kenapa Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan Dato’ mengubah gaya kepada berlawanan daripada cadangan TPM iaitu daripada berpada-pada kepada bermewah-mewah. Betul, mungkin pembelian tersebut suatu keperluan…. Tapi pernahkah Dato’ terfikir di antara keperluan membeli kereta yang dah ada (perdana V6) kepada baru ( Mercedes E200) berbanding keperluan rakyat untuk membeli sekilogram beras yang berharga RM 30 bagi sekapit, apatah lagi beras hancur 15 % sangat terhad di pasaran Terengganu.

    4. MAMPAT sangat-sangat berharap agar Dato’ melaksanakan belanjawan berhemah. MAMPAT juga sangat berduka cita dengan sikap pembaziran yang dilakukan Kerajaan Dato’ terutama semasa merasmikan majlis-majlis keraian Kerajaan Negeri dengan tembakan bunga api. MAMPAT difahamkan bagi suatu upacara tembakan bunga api, kira-kira RM 500 K wang rakyat dibakar dan dibazirkan. Ditambah pula dengan isu pembelian kereta Mercedes E200 pula. Cuba Dato’ kira sepanjang Dato menjadi Menteri Besar Terengganu, berapa banyak duit rakyat yang dibakar dengan melalui bunga api, janganlah pula Dato menghabiskan pula duit rakyat melalui pembelian Mercedes ini pula.


    Walaubagaimanapun MAMPAT mengucapkan tahniah kepada Dato’ kerana telah banyak melaksanakan program-program bersama rakyat. MAMPAT berharap Dato’ tidak mengambil langkah yang salah seperti yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar yang lalu. Segala gerak geri Dato’ sentiasa diperhatikan oleh Tuanku Sultan Mizan, Sultan kita. Tuanku sangat berharap Dato’ mampu melaksanakan amanah sebagai Menteri Besar yang terbaik. Sekian terima kasih.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT