• Wang Royalti Dikembalikan


    Klik Untuk Besarkan Gambar
    Dato' Seri Abdullah diiringi Dato' Ahmad Said serta pemimpin Umno memasuki dewan untuk perjumpaan tertutup dengan pemimpin UMNO Negeri Empat Peringkat di Primula Beach Resort. -Foto SHUHAIMI AHMAD.

    Oleh: Aida Abd Rahman dan Esah Abdullah

    Kunjungan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Terengganu hari ini (14 Jun) menjawab penantian rakyat negeri ini berhubung isu royalti minyak apabila beliau mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan mengembalikan wang royalti minyak berkenaan kepada Kerajaan Terengganu. Sementara prosedur serta langkah terperinci yang akan diambil mengenai cara mengembalikan wang royalti itu akan diputuskan selepas berbincang secara tepat dengan Kerajaan Negeri. “Apa yang penting apabila dah ada wang pandai-pandaikan kita uruskan dan kita menghadapi pelbagai situasi yang memerlukan perbelanjaan yang kadang-kadang lebih daripada yang kita jangkakan. “Jadi apabila duit habis kita berbelanja dengan tidak berhemah, maka kitalah yang menghadapi banyak masalah. Maka dengan itu, perbelajaan dan pentadbiran yang berhemah mestilah menjadi amalan kita, di masa susah ataupun masa senang,” katanya ketika menjawab soalah media, selepas perjumpaan dengan pemimpin UMNO Negeri Empat Peringkat, di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Sebelum itu, beliau mengumumkan Menteri Besar, Dato’ Ahmad said dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu menggantikan Dato’ Seri Idris Jusoh (mantan Menteri Besar Terengganu). “Saya mengumumkan tadi, bahawa keputusan yang diambil oleh Dato’ Seri Idris Jusoh meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu atas kehendak dia, persetujuan dia sendiri. Maka bermakna jawatan itu sudah kosong dan pada waktu ini saya tidak mahulah jawatan ini kosong. “Maka dengan itu, keputusan yang telah saya sampaikan tadi, iaitu Menteri Besar Negeri Terengganu akan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu,”katanya. Beliau kemudiannya dijadualkan ke Mak Jintan, Setiu bagi merasmikan Jelapang Padi Mak Jintan.

    Sebelum itu, kira-kira jam 10.30 pagi, beliau menghadiri Perasmian Majlis Pembangunan Wilayah Timur (ECERDC) Dan Pusat Kecemerlangan COE, di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu

    UNIT KOMUNIKASI TERENGGANU

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT