• RESOLUSI Konvensyen Royalti Petroleum: Sejarah, Realiti dan Harapan

    Konvensyen Royalti Petroleum anjuran Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) yang bersidang pada 14 Jun 2008 bersamaan 10 Jamadil Akhir 1429H (Sabtu) di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu, sesungguhnya secara nyata menyimpulkan bahawa:

    1. Royalti Petroleum adalah hak Rakyat Terengganu dan perlu dipulangkan kembali berasaskan segala fakta sejarah dan undang-undang.

    1. Perjuangan mendapatkan kembali Royalti adalah perjuangan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan kaum.

    1. Royalti tetap Royalti sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974. Wang Ehsan, Dana Khas, atau apa jua istilah lain bagi menggambarkan Royalti adalah tidak sah dan tidak dapat diterima sama sekali.

    1. Kegagalan menyerahkan royalti adalah merupakan satu pencabulan kepada semangat federalisme (hubungan Federal dan negeri)

    1. Tindakan mana-mana pihak yang menafikan hak Royalti untuk Rakyat Terengganu adalah suatu kezaliman, penganiayaan dan penindasan yang dikutuk di sisi agama serta bertentangan dengan nilai-nilai sejagat.

    Maka, Konvensyen Royalti yang bersidang pada hari ini bertegas:

    1. Menuntut Kerajaan Pusat supaya mengembalikan semula royalti yang telah dinafikan kepada Negeri Terengganu sebanyak 5% berserta seluruh tunggakan sejak tahun 2000.

    1. Menuntut supaya menaikkan peratus Royalti kepada Negeri Terengganu menjadi 20%.

    1. Mendesak Kerajaan Pusat melantik “investigator auditors” melakukan penyiasatan terhadap bayaran Royalti 5% yang dinafikan kepada Kerajaan Terengganu bermula tahun 2000 sehingga sekarang bagi menjamin ketelusan pengurusan wang rakyat.

    1. Mempastikan bahawa Petronas sebagai sebuah badan perniagaan yang telus dan bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak lagi b

    Bagi menyempurnakan Resolusi di atas, maka konvensyen ini memutuskan:

    1. Menyerahkan satu Memorandum kepada:

    1) DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong,

    2) Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu,

    3) YAB Perdana Menteri,

    4) YAB Menteri Besar Terengganu,

    5) Penyimpan Mohor Raja-raja,

    6) Presiden Petronas,

    7) Jawatankuasa Kewangan Parlimen (PAC),

    8) Ketua Pembangkang,

    9) Pemimpin Parti-parti Politik,

    10) Ketua Audit Negara,

    11) Menteri Besar dan Ketua Menteri.

    1. Menggerakkan Kempen Tandatangan Rakyat Terengganu bagi menyatakan sokongan menuntut dikembalikan Royalti kepada Rakyat Negeri Terengganu.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT