• Konvensyen dan Kempen Derma

    Konvensyen Royalti Petroleum akan diadakan esok. Pelbagai persediaan telah dilakukan oleh penggerak MAMPAT untuk memastikan konvensyen tersebut berjalan lancar dan membuahkan hasil yang menggembirakan semua pihak. Kita mengharapkan kerajaan pusat mengembalikan hak royalti tersebut kepada kerajaan negeri Terengganu dan menaikkan kepada 10%.

    Walaupun begitu kos untuk mengadakan konvensyen tersebut amat tinggi . MAMPAT tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung kos tersebut. Sumber utama kewangan MAMPAT adalah sumbangan orang ramai.

    Program konvensyen melalui tiga fasa iaitu fasa pertama iaitu pro-konvensyen. Dalam fasa ini menjalankan kempen seperti mengedarkan pamplet, menampal stiker motosikal dan kereta dan mengikat riben hitam-putih yang memakan belanja RM 90,800.00.

    Fasa kedua ialah konvensyen Royalti Petroleum yang akan diadakan esok di TER. Dalam konvensyen kita akan menjemput pembentang kerja yang pakar dalam bidang masing-masing dan ahli panel forum yang hebat-hebat. Rugi siapa yang tidak menyertainya. Konvensyen ini memakan belanja RM 29,000.00.

    Fasa ketiga ialah Pasca-konvensyen. Dalam fasa ini MAMPAT akan menisytiharkan resolusi konvensyen dan menghantar resolusi tersebut kepada yang berkenaan. Kutipan tandatangan akan diperhebatkan lagi. Fasa ini menelan belanja sebanyak RM 10,000.00.

    Dengan kos yang begitu tinggi kami menyeru kepada semua rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk memberi sumbangan kepada MAMPAT untuk menampung kos program ini. Program ini adalah untuk kepentingan rakyat. Kita menyumbang hari ini untuk kepentingan anak cucu kita pada masa akan datang.

    Sumbangan boleh disalurkan secara tunai dan juga bank-in melalui akaun bank Islam dan Maybank MAMPAT. Sumbangan anda amat kami hargai.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT