• Buletin Online : Minyak Naik - MAMPAT Kutuk Tindakan Kerajaan, Stesyen Minyak Diserbu, Jalanraya Sesak

    Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) mengutuk tindakan kerajaan yang bertindak menaikkan harga minyak petrol sebanyak 0.78 sen dan diesel sebanyk RM 1.00 yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

    Pengerusi MAMPAT Encik Fauzi Abu Samah menyatakan demikian ketika menghubungi Buletin Online sejurus belia mendapat maklumat berkaitan kenaikan harga minyak tersebut.

    The image “http://buletinonline.net/images/pas/thumb/cfauzi2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Apa jua alasan yang diberikan kerajaan, MAMPAT merasa amat sedih dan kesal dengan tindakan kerajaan itu kerana menurut Encik Fauzi masalah kenaikan harga barang masih belum selesai.

    ”Kita (MAMPAT) menjangkakan harga barang akan naik sebanyak 60% berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 41%,
    ”ini akan membuatkan rakyat terus hidup dalam keadaan yang tertekan kerana mengalami kesan berganda,
    ”isu kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak sebelum ini, belum selesai,” kata Encik Fauzi.

    Sehubungan dengan itu, MAMPAT yang mewakili badan-badan bukan kerajaan di negeri Terengganu, mendesak kerajaan pusat supaya segera mengembalikan bayaran tunai royalti minyak 5% setahun kepada rakyat dan kerajaan Terengganu dengan segera.

    ”Dengan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat dan negeri Terengganu, kita (MAMPAT) yakin ia akan dapat membantu kerajaan Terengganu bagi mengurangkan beban rakyat Terengganu akibat kesan berganda kenaikan harga barang ekoran dari kenaikan harga minyak,” tambah Encik Fauzi.

    The image “http://buletinonline.net/images/berita/jamminyaknaik5.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Sementara itu orang ramai yang mula sedar tentang kenaikan harga minyak yang akan dikuatkuasakan bermula tengah malam ini, mula keluar beramai-ramai selepas solat maghrib untuk memenuhkan tangki minyak kenderaan masing-masing.

    Keadaan itu telah menyebabkan semua stesyen minyak yang diserbu menjadi sesak. Tinjauan Buletin Online mendapati bukan sahaja stesyen minyak menjadi sibuk bahkan jalan-jalan menuju ke stesyen- stesyen minyak juga menjadi sesak teruk.

    Tinjauan rambang Buletin Online mendapati majoriti orang ramai yang berpusu-pusu mengisi minyak berkata mereka merasa amat terkejut dengan kenaikan harga minyak yang begitu banyak dan tidak berpuashati dengan tindakan serta merta yang dilakukan oleh kerajaan.

1 comments:

  1. Jom kite Berdemonstrasi
    Ekoran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap kenaikan harga petrol dan diesel bermula dari hari semalam, seluruh negara menjadi panik dan kelam-kabut.

    Sikap tidak bertanggungjawab PM tersebut yang lansung tidak mengkaji kesan dari pengumumannya adalah sesuatu yang amat dikesalkan.

    Rasa panik dan suasana kelam-kabut akan berterusan. Rakyat akan tetap bangkit walau diancam dengan segala bentuk amaran untuk menahan dan menangkap mereka seperti yang diutarakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

    Harakahdaily melaporkan bahawa Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) yang bermesyuarat hari semalam memberi tempoh lima minggu kepada kerajaan untuk menarik balik kenaikan harga minyak serta bertindak positif terhadap permintaan rakyat sebelum gabungan tersebut mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 12 Julai 2008 ini.

    Amaran tersebut dilontarkan Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli melalui persetujuan yang dicapai melalui mesyuarat sekretariat Protes bagi mengambil tindakan dan langkah seterusnya bagi menyedarkan dan meminta kerajaan untuk menurunkan semula harga minyak.

    Sekalipun Dr. Hatta dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berkata, perhimpunan di KLCC pada jam 3 itu dijangka menghimpunkan lebih 100,000 rakyat, namun dari pemerhatian kami, dengan keadaan marah dan rasa kecewa yang ditimbulkan akibat dari pengumuman PM berkenaan, angka tersebut boleh menjadi 1 juta pada bila-bila masa.

    Ini adalah kerana "tidak ada kelompok rakyat yang merestui kenaikan tersebut" kecuali barisan menteri kabinet dan segolongan pengampu yang sememangnya telah kaya-raya dan tidak terkesan oleh sebarang kenaikan harga apa juga barangan keperluan.

    Di sini saya ingin menitipkan semula kata-kata yang pernah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk renungan bersama terutama kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar.

    Demonstrasi dan tunjuk perasaan akan tetap berlaku ia ia adalah keluhan dan hati nurani rakyat. Izinkan saya untuk menitipkan kata-kata yang pernah diutarakan oleh YAB Datuk Seri Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan di sini:

    Tunjuk perasaan adalah satu tajuk yang sangat berkaitan dengan fitrah manusia. Kanak-kanak boleh merajuk. Isteri kadang-kadang boleh menangis. Anak lelaki atau perempuan kita juga biasa menunjukkan pernyataan sikap mereka sama ada suka atau duka melalui perlakuan dan tutur kata.

    Semua ini adalah manifestasi perasaan. Apa yang ditunjukkan dinamakan tunjuk perasaan.

    Di dalam Islam, kita menunjukkan perasaan kecintaan dan ketundukan kita terhadap Allah S.W.T. melalui sembahyang lima waktu beramai-ramai (berjemaah) yang lengkap dengan aksi duduk, sujud dan tunduk bangunnya.

    Kita juga ada solat Jumaat sekali seminggu dan solat sunat dua Hari Raya untuk tiap-tiap tahun.

    Kemuncak demonstrasi dapat kita saksikan melalui pertemuan sekali seumur hidup (sekurang-kurangnya) untuk berhimpun di Padang Arafah, melontar iblis di ketiga-tiga Jamrah, Saei di antara Safar dan Marwah dan Tawaf untuk mengEsakan Allah S.W.T. di Kaabah, satu-satunya Kiblat seluruh umat Islam.

    Ini semua adalah manifestasi demonstrasi sebenar yang telah dituntut oleh Allah S.W.T. seawal-awal wujudnya Adam Alaihissalam lagi.

    Sebagaimana kita dibolehkan berdemontrasi untuk perkara-perkara maaruf, begitulah juga kita dituntut untuk menunjukkan perasaan protes dan penentangan kita terhadap apa juga kezaliman, jika berlaku kezaliman.(Amar maaruf nahi mungkar).

    Boleh berdemonstrasi kerana Malaysia negara demokrasi

    Dalam konteks demontrasi di Malaysia, bagi yang sudah-sudah atau yang akan diatur, saya melihat ianya tidak bercanggah dengan perintah kebebasan bersuara dalam Islam.

    Perhimpunan aman sekadar menyatakan sikap melalui corong-corong pembesar suara semata-mata untuk menjelaskan asas dan hujah adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan apa jua acuan demokrasi atau Islam.

    Kita bukan kerajaan junta. Myanmar dilanda perarakan aman sami-sami Buddha lebih 100,000 orang di Dataran Yangon dua minggu yang lalu adalah manifestasi perasaan rakyat yang telah lama terpendam.

    Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti.

    Bagi saya, saya tetap merestui sebarang perhimpunan aman untuk sekadar menyatakan sikap dan membangkitkan semangat kesedaran untuk menolak kezaliman.

    Dipetik dari tranungkite.net

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT