• UTUSAN ONLINE : Bentang penyata untung Petronas

    KUALA LUMPUR 12 Mei - Kerajaan diminta membentangkan secara lengkap penyata dan keuntungan Petronas di Dewan Rakyat bagi membolehkan rakyat memahami kedudukan kewangan syarikat petroleum nasional itu.

    Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, taklimat itu penting bagi membuktikan kerajaan dan Petronas telus dan tidak menyembunyikan apa-apa daripada rakyat.

    Menurutnya, beliau tidak faham dengan cadangan pembangkang untuk menggunakan sebahagian daripada keuntungan Petronas untuk menurunkan harga minyak.

    Tambahnya, mengikut penyata kewangan Petronas pada tahun 2007, kerajaan mendapat RM48.3 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti daripadanya.

    ''Jumlah ini merupakan 66.2 peratus daripada keuntungan kasar Petronas. Wang ini masuk terus sebagai bajet pembangunan kerajaan yang membiayai pelbagai projek pembangunan.

    ''Baki keuntungan tersebut antaranya digunakan untuk operasi cari gali di negara asing bagi mendapatkan rizab baru. Adakah salah bagi Petronas untuk menjaga masa depan negara dengan memastikan apabila rizab tempatan sudah habis, apabila telah kering telaga minyak negara, kita sekurang-kurangnya boleh berkongsi sedikit manfaat rizab asing yang digali Petronas.

    ''Saya rasa demi ketelusan, untuk membuktikan kerajaan dan Petronas tidak menyembunyikan apa-apa daripada rakyat, satu taklimat khas perlu diadakan di Parlimen di mana penyata kewangan lengkap dibentangkan agar kedudukan kewangan serta saluran keuntungan Petronas dapat difahami dengan jelas oleh semua wakil rakyat,'' katanya.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0513&pub

    =Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_07.htm

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT