• RM 1 untuk Royalti Minyak

    MAMPAT memerlukan sejumlah wang yang besar untuk menjalankan aktiviti dan program yang dirancang. Sumber utama kewangan MAMPAT ialah sumbangan daripada pihak korporat dan orang ramai.

    Untuk menggalakkan lagi sumbangan kami telah melancarkan kempen RM 1 untuk Royalti Minyak- RM1 untuk RM. Program terdekat MAMPAT ialah Konvensyen Royalti Petroleum yang akan diadakan pada 14 Jun 2008 di Terengganu Equestrian Resort (TER).

    Program ini meliputi tiga fasa iaitu pertama fada I - Pra konvensyen akan melibatkan aktiviti seperti menggantung baner, mengedar pamplet, menampal poster dan mengambil tandatangan orang ramai. Target tandatangan ialah 100000 tandatangan dan akan dihantar kepada pihak yang berkenaan seperti Kerajaan Malaysia dan Menteri Besar Terengganu.

    Fasa II ialah Konvensyen Royalti Petroleum yang dihadiri oleh dua orang pembentang kertas kerja dan ahli panel forum yang pakar dalam bidang masing-masing. Di akhir konvensyen akan dibuat resolusi dan juga akan dihantar kepada yang berkenaan seperti Sultan Terengganu, Menteri Besar Terengganu dan Kerajaan Malaysia.

    Kami mewakili NGO dan rakyat Terengganu mengharapkan sumbangan daripada pihak korporat dan orang ramai sebagai menyokong program ini untuk menuntut dan mengenbalikan hak dan maruah rakyat Terengganu. Menjadi tanggungjawab semua untuk menggalas tanggungjawab ini.

    -RM1 untuk Royalti Minyak-
    -Kembalikan Hak dan Maruah Rakyat Terengganu-


0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT