• Malaysia kini : Kempen tuntut royalti dapat sambutan


    Jimadie Shah Othman | May 24, 08 1:50pm

    Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) hari ini berjaya mengumpulkan 1,100 tandatangan rakyat Terengganu menyokong tuntutkan supaya royalti minyak dikembalikan kepada kerajaan negeri.

    Penolong setiausaha Mampat, Wan Azmi Wan Ismail berkata, kempen mengumpul tandatangan rakyat Terengganu dilancarkan pada jam 9.30 pagi tadi, bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

    kempen royalti minyak 240508 banner"Jika maklumat program ini disebarkan lebih meluas, Mampat percaya lebih banyak tandatangan akan berjaya dikumpulkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

    Wan Azmi yakin, sasaran Mampat untuk mengumpulkan 100,000 tandatangan akan berjaya dicapai selepas konvensyen mengenai usaha mengembalikan royalti minyak Terengganu, diadakan di sebuah hotel di Kuala Ibai pada 14 Jun ini.

    Bekas ketua hakim negara, Tun Salleh Abbas dijadualkan bercakap dalam majlis itu. Manakala veteren Umno Tengku Razaleigh Hamzah turut diundang berucap di majlis tersebut.

    "Konvenysen ini kita harap boleh menjadi satu gelombang besar untuk membangkit kesedaran mengenai isu tersebut di kalangan rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

    kempen royalti minyak 240508 penyokon"(Selepas konvensyen), kita akan mempertingkatkan usaha menarik seramai boleh rakyat Terengganu supaya menurunkan tandatangan mereka, menyokong kempen tersebut," katanya.

    Wan Azmi berkata, sehingga jam 4.30 petang ini, pihaknya dapat mengumpulkan kira-kira 1,100 tandatangan.

    Tidak sebarang kejadian tidak diingini yang berlaku, kecuali petang tadi, ada dua tiga orang lelaki yang tidak dikenali, datang mempersoalkan mengapa melancarkan kempen tersebut.

    Bagaimanapun, mereka kemudiannya beredar dari situ.

    5,000 risalah

    Katanya, Mampat juga telah menyediakan masing-masing 5,000 risalah, riben dan pelekat untuk diedarkan kepada orang ramai.

    Seramai 20 petugas Mampat terbabit menjayakan kempen yang dilancarkan di Kuala Terengganu hari ini.

    Mengenai sambutan dari golongan ahli politik terhadap kempen yang dijalankan oleh Mampat, Wan Azmi berkata:
    kempen royalti minyak 240508 petugas
    "Kami telah maklumkan secara lisan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Tetapi hari ini kita tak sasar penyertaan mereka. Untuk Adun ini, kita akan hantar surat rasmi kepada semua mereka untuk program konvensyen nanti," katanya.

    Sementara itu, pengerusi Mampat, Mohd Fauzi Abu Samah, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, pihaknya akan membuka kaunter untuk mengumpulkan tandatangan di pasaraya Sabasun di Bukit Kecil, Kuala Terengganu dari jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.

    Selepas konvensyen pada 14 Jun depan, Mohd Fauzi berkata, pihaknya akan pergi ke daerah-daerah untuk mengumpul tandatangan rakyat di sana.

    Mampat adalah antara kumpulan penting yang berkempen menyokong pihak istana dan Datuk Ahmad Said - yang merupakan wakil rakyat Kijal - ketika berdepan dengan krisis perebutan jawatan menteri besar selepas pilihanraya umum lalu.

    Sebulan selepas dilantik menteri besar, Ahmad menggesa kerajaan pusat supaya menyerahkan kembali royalti minyak - sebanyak 5 peratus - kepada kerajaan negeri Terengganu.

    Wang ini ditadbir kerajaan pusat mulai 2000 dengan nama Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) atau lebih popular disebut "wang ehsan".

    Dua hari lalu, Mohd Fauzi Abu Samah telah membuat laporan polis berikutan misteri "kehilangan" RM3 bilion wang royalti petroleum Terengganu.

    ---------------------------------------------------------------------

    * MAMPAT:

    MAMPAT mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang hadir dan menurunkan tandatangan pada hari pelancaran tersebut. Walaupun begitu kita mengharapkan sokongan yang lebih lagi daripada Rakyat Terengganu untuk mendapatkan kembali hak royalti ini.

    Jumlah 1000 lebih tandatangan yang dapat dikumpulkan pada hari sabtu lepas di Dataran Shahbandar tidak menunjukkan suara sebenar rakyat Terengganu. Kita (MAMPAT) mengharapkan rakyat supaya memberikan kerjasama dengan menandatangani petisyen tanda sokongan untuk menuntut kembali hak kita iaitu royalti petroleum.

    Kita akan menjelajah keseluruh negeri Terengganu untuk mendapatkan sokongan rakyat. Sokongan anda adalah penting untuk mendapatkan kembali hak kita.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT