• Kempen Jelajah Terengganu


    Alhamdulillah setakat ini Skuad MAMPAT telah membuka kaunter di Dataran Shahbandar 24 Mei 2008 (hari pelancaran) SABASUN Hyperruncit 25 dan 27 Mei dan 30 Mei di Masjid Pengadang Baru,Masjid Chendering, Masjid Rusila, Masjid Batu Enam, KUDQI dan telah dapat mengumpulkan tandatangan dalam 3000 tandatangan.

    MAMPAT ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai dari yang kecil sehingga yang veteran yang menyokong kempen kami dengan menurunkan tandatangan dan menyumbang sumbangan derma. Sokongan anda sebagai rakyat yang sensitif terhadap kebajikan sesama kita akan kami sampaikan kepada pihak bertanggungjawab seperti Menteri Besar, Sultan dan sebagainya.

    InsyaAllah dengan sokongan yang padu ini akan memudahkan lagi usaha kita dalam mencapai matlamat kita iaitu mendapatkan kembali hak dan maruah kita, royalti petroleum.

    Wang sumbangan derma digunakan untuk menampung kos kempen dan aktiviti MAMPAT seterusnya. MAMPAT adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak mempunyai kewangan yang tetap. Sumber kewangan adalah daripada sumbangan orang ramai. Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan.

    Di sini juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada SABASUN Hyperruncit kerana komitmennya dalam menjayakan kempen ini. Dua kali kami membuka kaunter di SABASUN kerjasama daripada pihak SABASUN amat memuaskan. Tidak ada ucapan kami yang dapat kami ucapkan selain terima kasih yang tidak terhingga untuk membalas budi dan jasa baik daripada SABASUN.

    Kami juga mengalu-alukan pihak yang ingin menjemput kami untuk membuka kaunter. Penglibatan daripada semua pihak memungkinkan kita akan mendapat kembali hak dan maruah kita iaitu royalti petroleum. Mungkin kita tidak dapatmerasa nikmat ryalti pada hari ini tapi anak cucu kita akan merasa nikmat pada hari mendatang kelak. Bersama kita mendoakan agar usaha kita ini berjaya dan dirahmati oleh yang Maha Agung.

0 comments:

Leave a Reply

PERTANYAAN DAN PERBUALAN

VIDEO KAITAN

Photos

JARINGAN MAKLUMAT